SALAM UKHUWAH

Isnin, 30 Ogos 2010

Rezeki Dalam Bulan Ramadhan...

Alhamdulillah,kelmarin hari yg sgt2 bertuah.Langkah kanan ke kolej KTP..

Al-kisahnya begini,Kak izah ada mesej nak buat usrah di KTP(kolej tun perak),pukul 6 petang dan iftar bersama..Dalam perjalanan nak ke ktp ngan intan,kami nak pi foodcourt dahulu untuk beli makanan berbuka puasa.Belum sempat sampai foodcourt,kak izah telefon..Kak izah ckap,tak payah la beli makanan sbbekat ktp ada majlis berbuka puasa dgn anak yatim.Kami pun terus pi ktp..Sampai depan surau tu jumpa Sabrina,kawan matrik dahulu.Dia tengah edarkan bubur lambuk percuma..Kami pun amik seorang satu..Masa masuk dalam surau tu,kak izah,naqibah kesayanganku dah ada..Kami duduk sembang sebentar sementara tunggu aini datang.Actually,ahli usrah terbaru 7 org termasuk kwn2 kos matematik (jijah,kak tikah dan kak ina) dan ahli2 lama iaitu aku,aini,intan dan teha..Teha xdpt datang sbb berbuka puasa di mines dengan kwan2 matrik.Jijah,kak tikah dan kak ina pun xdpt dtg sbb nya keluar gi masid india.So,kami bertiga je dengan kak izah.
Usrah pun bermula dengan task yg telah diberi oleh kak izah..Start dgn aini tentang serikandi islam..Dia ada beri softcopy dari i luv islam mengenai seorng serikandi yg x asing lagi dlm dunia islam iaitu wanita sufi, RABIATUL ADAWIYAH..

Rabi'ah Al-Adawiyah,Perindu cinta allah

Rabi'ah binti ismail al adawiyah tergolong dlm wanita sufi yg terkenal dlm sejarah islam.Dia dlairkan dlm keluarga yg miskin namun kaya dgn ibadat pada allah.Pada akhir kurun pertam hijrah,keadaan hidup msyrkat islam dlm pemerintahan Bani Umaiyah yg sblmnya terkenal dgn ketaqwaan mulai berubah..Pergaulan semakin bebas dan org ramai berlumba2 mncari kekayaan.Kejahatan dan maksiat semakin tersebar luas.Menyanyi,menari,berhibur semakin di agung2kan.Maka,ketajaman iman semakin tumpul dan zmn hidup wara' serta zuhud hmpir lenyap sma sekali.
Namun,allah tetap pelihara sebilngn kecil muslmin agr x terjerumus ke fitnah tersebut.Masa itu,muncul satu gerakan bru pimpinan Hassan Al-Basri yg hbiskan byk masa n tenaga utk didik jiwa n rohani msyrkt sekeliling.
Rabi'ah mempunyai keturunan yg baik.Ayah nya seorng hmba yg bertaqwa.Dia mendidik rabi'ah dgn baik berpandukan al-quran semata2.
DOA RABI'AH dlm kesunyian malam ketika bermunajat kpd allah:

'Ya allah,ya tuhanku.Aku berlindung diri kpd engkau dprd segala yg ada yg boleh memesongkan diri dariMu,Daripada segala pendinding yg bolehmendinding antara aku dan engkau.

Ra'biah hnya mengejar cinta ALLAH semata2..bukannya cinta manusia..Baginya,cintanya hnya utk allah..Subhanallah!Walaupon ada yg datang melamarnya,tapi dia telah menolaknya.Cinta kepada Allah yg ditunjukkan oleh Ra'biah sgt luar biasa.Dia menjadikan cinta pada allah itu sbg satu cara utk menyucikan hati dan jiwa.Kecintaan Ra'biah pda allah brjaya melewati pengharapan utk beroleh syurga Allah ..
~Semoga kita dpt mengambil pengajaran dari kisah wanita sufi ini..

Kemudian,giliran intan membentangkan isu2 semasa..Contoh terdekat sekarang ialah pembuangan bayi..Kami berbincang mengenai masalah ini.Bila agaknya akan selesai..negara semakin huru hara dengan masalah pembuangan bayi di mana2 ini.Yang sedihnya,dalam bulan puasa ini pun byk kes yg terjadi.Bertamabh runsing bila ada khabar angin yg kata nk tubuhkan sekolah utk yg mengandung anak luar nikah..Kononnya,supaya terpelihara..Bila anak tue lahir nanti,xdibuang.Tapi tak terfikirkah kerajaan,kalu buat mcmtu lagi2 bertmbah la golongn org yg mengandung anak luar nikah..Seperti diutamakan dan special pula tempat utk mereka..Ini mengalakkan lagi utk org melahirkan anak luar nikah.

Astaghfirullahal azim,susah utk menterjemahkan kondisi umat nabi Muhammad,umat akhir zaman ini.Kalaulah nabi lihat kita sekarang ini,pasti baginda menangis dan sedih kerana manusia skg terutama remaja sangat teruk..Iman sgt rapuh,lebih rapuh dari kaca..lebih tipis imannya dari kulit bawang.Allah huakbar!tenatnya iman..nazak sekali..takut bila fikir,bagaimanakah keadaannya bila zaman ke hadapan lagi.

Alhamdulillah,seharusnya kita patut bersyukur sgt sbb allah masih pelihara kita drpd memilih lorong2 yg salah ini..Satu nikmat yg sgt besar..Tapi bagaimana dengan rakan2 yg lain??=(
Persoalan yg sering bermain dibenakku ini...Aku syg kawan2 aku..bukan setakat di dunia,tpi di akhirat..Bagaimana aku harus lakukan utk tegur kwan2 aku,ya allah..aku x mampu.Lemahnya imanku..Tapi aku cuba dgn cara bagi surat sbb belum ada kekuatan nak bgtaw secara langsung face to face dan ada juga melalui mesej dlm facebook.Pentingnya semua ini kerana allah aka tnya kita di akhirat nanti..bila kita dah masuk ke syurga..tetiba sahabat atau adik beradik kita kata masa di dunia kita x pernah bagi nasihat atau peringatan..Dan elok2 ja kita dah nk melangkah nak masuk syurga,akhirnya kita di campak ke neraka..Na'uzubillah..minta di jauhkan.Yang pasti,aku dah cuba beritahu apa yg terbaik.Seterusnya,terpulang kepada mereka lah utk berubah..kerana setiap drpd kita telah di berikan akal oleh allah utk berfikir mana baik dan buruk...
Sebenarnya,jauh disudut hatiku,aku harap mereka berubah,insyaallah.

Berbalik kepada perjalanan usrah,kami berakhir sebaik shaja azan berkumandang.kami trus meuju ke dewan ktp dan brbuka puasa di sana bersama warga ktp dan anak2 yatim yg masih kecil.Hatiku sangat tersentuh melihat anak2 yatim ini,baya2 adik aku yg riang gembira berlari dan bermain..gelak2.tpi padahal mereka belum tahu erti kasih syg..belum tahu hakikat yg mereka dah x dak mak ayah.Aku cuba letakkan diri aku dlm keadaan mereka yg x punya mak ayah..Aduh!hiba sekali rasa hati ini.Mana mungkin aku dpt hidup sempurna tanpa mak ayah..Mak ayah lah yg segala2nya wlau mcmna pun..Tunjang utama pergantungan hidup..Aku mula rasa bersyukur kerna masih ada mak ayah yg jaga aku,beri makan minum,pakaian ,duit,dan segalanya..Alhamdulillah ya allah!~ Banyak sungguh nikmat allah pada kita tanpa kita sedari..Allah beri free tanpa perlu bayar satu duit pun..Bertapa pemurahnya Allah pada kita..namun firman allah dlm surah al-mulk,ayat 23..

"Katakanlah dia yg menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran,penglihatan dan hatinurani pada kamu..tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.."
Ya allah,jadilah kami hmabMu yg selalu bersyukur......

Masa kami buka puasa tue,kebetulan ada seorang junior warga ktp makan di depan ku dan kak izah..Jadi,kami bersembang la..Dia lebih byk bercakap dengan kak izah.Aku hnya menjadi pendengar yg setia..Tapi sekali sekala aku menyampuk jua kerana perasaan ingin tahu yg melampau2..Mcmna masuk topik agama x pasti,tpi baruku tahu yg dia ialah mualaf..Subhanallah!rasa takjub sbb dpt tahu dia masuk islam baru 7 bulan yg lalu tapi dah pakai tudung labuh..Memang x aspect langsung dia mualaf..Dia dan abg dia.Menarik juga kisahnya yg boleh kita kongsi bersma..Kisahnya begini..dia adalah asalnya bangsa iban yg xdak agama..Ateis..begitu juga dgn keluarganya.Semasa umur 12 tahun dia masuk agama kristian.Walaupon dia dah ada agama skg,tpi dia masih mencari "sesuatu"..Ustazah dia di sekolah la yg byk memberi tunjuk ajar semua tentang islam..Jadi dia tertarik dan memeluk islam selepas itu..Dia ckap,mak ayah dia xtahu..Aku jadi terkejut..Habis,mcmna kehidupan dia bila kat rumah..Nak solat dan lain2..Dia ckap,adik2 dia tahu..Adik2 dia akan cover line time dia solat dan bilik di kunci..Allah huakbar!sampai mcm tu sekali ..Kemudian,dia ckap kalau dia balik umah,dia terpaksa xpakai tudung kerana darurat..
Aku cuba tnya,'kenapa x bgtaw dgn parents ja'??Dia kata,xboleh..Mak ayah pasti x bgi dan mungkin akan putus silaturrahim..Dia xnk begitu..

Bila dengar cerita dia,aku teringt pada kawan ibanku yg bernama Macprihelna Martin..Kwan baik masa sekolah rendah..Di sekolah dulu dia rajin pinjam buku jawi dan minta aku terjemahkan..Dan byk pinjam buku sirah nabi2..Aku ingt lagi semua tue..Kami rapat walaupon aku dah pindah ke Kedah..Kami berutus surat selalu ..Masa tue telefon xdak lagi.Dia ada ckap,dia nk masuk islam...Sekarang ini,buah hati dia pun org islam dan kak dia pun kawin dgn org islam..Alhmdulillah..Keluarga mereka x pernah halang.~ya allah,berilah hidayah padanya..Aku cuba utk menjadi pembimbing terbaik dia..aku cuba utk bersedia membimbing dia...Beri aku kekuatan..AKu tahu,besar sgt pahala kalu aku dpt tarik dia masuk islam..



~Anak-anak yatim

Mengenai anak2 yatim tadi, mereka datang dari awal pagi lagi.Ada aktiviti dan pengisian oleh pihak kolej.Then,pulang lepas berbuka puasa ..Sangat sayu tengok masa diorang nak pulang walaupon x tunjuk perasaan ni pada sesiapa..rasa mcm nk peluk2 mereka..dah la comel2.Ini lah pengalaman kali pertama berjumpa anak yatim walaupon secara x sengaja...Ada 3,4 org yg dtg pada kami utk salam..Xsempat nk tngkap gmbar sbb mereka dah rushing nk balik..






Kami solat isyak dan tarawikh di dalam dewan..Lepas anak2 yatim balik,ramai juga warga ktp yg dah balik blok.Jemaah perempuan tinggal satu saf ja,begitu juga lelaki.Masa lepas buat 4 rakaat tarawikh,ada pengisian tazkirah sebentar oleh Che Li mengenai aurat muslimah...Nanti saya akan tulis panjang lebar lagi tentang aurat muslimah pada entry akan dtg,insyaallah.Moga diberi kelapangan masa selalu oleh allah utk berkongsi ilmu dengan semua...Rasa syukur sgt hari dilalu kelmarin..byk ilmu yg dapat dan rasa ketenangan jiwa...Orng lain mungkin anggap biasa,tpi bagiku sgt bermakna..

~Hari ni,31 ogos 2010..hari ulangtahun kemerdekaan negara yg ke-53...Mohon doa agar negara malaysia sentiasa hidup dlm aman harmoni..Sentiasa dlm lembayung rahmat dan kasih syg allah..Amin.....................

Wallahua'lam...=)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, nanti jangan lupa miliki Novel Sejarah Srikandi Islam; Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi, ya....

    Jazakillah.

    BalasPadam