SALAM UKHUWAH

Jumaat, 27 Ogos 2010

Salah satu sebab kemurkaan ALLAH:MENGABAIKAN SOLAT JEMAAH..

Pada entry kali ni..saya cuba untuk share dengan sahabt2 sekalian mengenai tanda2 kemurkaan allah..Dalam buku yg saya beli,ada nyatakan 121 sebab2 kemurkanNya.. insyaallah,saya akan bicarakan tajuk ini di dalam usrah bersama kak izah dan sahabat2 yg lain pada hari ahad ni.kalu xdak apa halangan.Dah lama tertangguh usrah dek kesibukan ..,kita hnya merancng,allah jua yg menentukan.

Mari berkongsi ilmu !

Salah satu kemurkaan allah ialah mengabaikan solat berjemaah.Mendirikan solat berjemaah samada di masjid@ musolla di sesebuah tempat adalah amat ditekankan dlm islam.Dalam hal ini,imam mazhab telah berselisih pendapat tentang hukum mengenainya..


IMAM MALIKI-Sunat muakkad iaitu sunat yg dituntut dlm islam.


IMAM SYAFI'I DAN IMAM HANAFI-Farhu kifayah iaitu seluruh masyarakat akan berdosa kalau seluruhnya tidak mendirikan solat jemaah.Contohnya,di kolej ke 5 yg saya duduki skg ni,kalu semua org x solat jemaah,jawabnya semua akan menanggung dosa.Mahukah kita??


IMAM AHMAD BIN HAMBAL-Jika solat di dirikan seorang diri hukumnya sah tetapi berdosa.

Daripada pendapat2 diatas,keseluruhannya bersetuju bahawa solat berjemaah itu penting dilakukan..Sebenarnya,byk sgt hikmah solat berjemaah nie..Kalu kita laksanaknnya ,mesti kita akan nmpak.Contohnya,saya amik pendekatan di kolej la.Bila kita solat jemaah,boleh kenal dengan junior2 yg baru @ senior terutama ketika selepas solat(bersalam2an).Time ni lah,boleh berta'aruf sesama sendiri.Kalau hari2 salam n bertegur sapa,pastinya telah terjalin ikatan silaturrahim ..Apabila silaturrahim telah terjalin,pastinya perpaduan masyarakat stempat(warga kolej)dapat dipupuk dan kasih sayang menjadi bertambah kuat melalui solat berjemaah.Dekat sini ,bukan sahaja kita menjalinkan hubungan dengan allah malah dapat juga menjalin hubungan dengan manusia.Dua prinsip islam ni kita dah pun hayati melalui solat berjemaah secara x langsung kan??

Riwayat Al-Tarmizi drpd ibu abbas r.a ada menyatakan bahawa "Allah akan melimpahkan rahmatnya kepada umat islam yg bersatu dlm ikatan ukhuwah"..
Lagi fadhilatnya ,selain dpt wujudkan ukhuwah,kita juga dpt darjat yg bergnda dari solat seorng diri..27 darjat yg kita dpt berbanding solat seorang diri.Di samping itu,kita dapat mendidik penduduk setempat utk mematuhi pemimpin yg bertindak sbg imam.Apa yg imam lakukan sperti sujud,kita juga mesti sujud bersma2..pendek kata,apa sahaja prbuatan imam di dlam solat kita hendaklah lakukan mengikutnya.Selain itu,kita dapat melahirkan imam @ pemimpin yg bukan sahaja brwibawa,malah beriman dan bertaqwa utk dicontohi oleh para pengikut.

Satu pendustaan yg besar bila kerajaan Malaysia seringkali melaungkan slogan perpaduan dan kasih sayang @ yg terbaru ini slogan "SATU MALAYSIA" sering diguna dan diuar-uarkan tetapi hakikatnya @ realitinya dlm kehidupan seharian,jarang sekali kita mendirikan solat berjemaah .Malah lebih sedih bila ada setengahnya x pernah langsung.Padahal,tahu yang solat jemaah ni penting dan banyak faedahnya.

Rasulullah pun dlm hadithnya amat marah kepada golonganyg tidak mahu mendirikan solat berjemaah hingga berazam utk membakar rumah2 mereka.Dan drpd Abu Huarairah katanya,Rasulullah bersabda:'Solat yg paling berat dilakukan bgi org2 munafik ialah solat isyak dan solat subuh.Kalau lah mereka mengetahui akan pahala pada kedua2 solat itu,tentu mereka akan datang utk berjemaah walaupon dengan merangkak' (mutaffaq a'laih)

Hadith lain,dari ibnu A'bbas r.a drp Nabi s.a.w sabdanya:'Sesiapa yg mendengar azan,kemudian,dia x dtg utk berjemaah maka tiada solat bginya(x mendapat kesempurnaan solat)kecuali kalau keuzuran..

Ilmu ini juga sebenarnya peringatan utk diri sendiri yg selalu terleka..Diri ini pun bukanlah baik,tetapi harapnya kita dapat lah berubah ke arah yg lebih baik.Tambah pula di dlm bulan yg penuh barakah ini,insyallah..Kalau kat rumah,kita rasa susah je nak pergi masjid @ surau ,tambah2 perempuan tidak di galakkan kerna takut menimbulkan fitnah.Jadi kalau dekat kolej tempat blajar,apa salahnya melangkah kaki menuju surau yg x jauh mana pun utk solat berjemaah.Kalau pun x 5 waktu,pergilah wlaapon satu waktu.. sekurng2nya kita buat.Saya pun mcm tue,bukan setiap lima waktu berjemaah disebabkan ada halangan sperti ada kelas dan sebagainya..Tapi kita cuba utk mengikut syariat islam ..apa yg digariskan dlm agama kita..
~Kekuatan umat islam akan hadir melalui solat berjemaah..Org kafir pun berasa gentar dan takut kalau kita bersatu padu melalui soalt jemaah...

Wallahua'alam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan