SALAM UKHUWAH

Selasa, 22 Februari 2011

Ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH….


Semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepada-Nya. Namun, dirawat-Nya dengan sebaik-baik penawar, ketenangan yang hakiki di hati…”

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, “Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

“Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah… ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangi kita…

~wardatul syauki~

“Adakalanya DIA memberi tanpa sempat kita menadah…
kerana DIA mengerti keperluan hamba-NYA…
Kadangkala pula DIA mengambil sebelum sempat kita bersedia…
kerana DIA ingin menguji setiap hamba-NYA….”
*subhanallah….smoga ALLAH Ta’ala mengurniakan kita kekuatan dlm menghadapi sgl bentuk ujian dari-Nya…n paling penting ditetapkan iman di dada…amiinn…

Beriku kekuatan..

Allah, berikan aku kekuatan
menjalani hari-hari penuh perjuangan ini
jadikan aku seorang anak yang kuat
menjadi anak shalihah yg dapat membahagiakan orang tuaku dunia akhirat
jadikan aku seorang kakak yang kuat
sehingga aku dapat menjadi contoh yang baik serta selalu menjaga adik-adikku
jadikan aku seorang sahabat yang kuat
sehingga sahabat-sahabatku menjadi orang yang hebat
bila aku sudah menikah
jadikan aku istri yang kuat
sehingga aku dapat mensupport suamiku dg kesabaran dan tanpa keluh kesah
bila aku sudah punya anak
jadikan aku ibu yang kuat
dapat merawat anak-anakku sejak dari kandungan tanpa merasa kesakitan dan lemah
bila aku sudah menua
jadikan aku orang tua yang kuat
yang tidak merepotkan anak-anakku maupun orang lain
Rabb, beri aku kekuatan
kini, esok dan selamanya.......................

Ahad, 20 Februari 2011

Jalan perjuangan..

Kini,aku mengenal erti perjuangan yang sebelum ini tidak pernah ku jangkakan di dalam
ruang kotak pemikiran.Banyak yang ku pelajari..Apabila berada di pihak yang benar,makanya laluan yang susah telah dipilih oleh diri setelah diberi hidayah oleh allah untuk melalui jalan yang berliku dan penuh onak ini.Sesungguhnya aku sangat2 bersyukur kepadaMu tuhan kerana Engkau telah memilih aku untuk berada di jalan ini walaupon sukar tetapi manis di penghujungnya..Namun begitu,perjuangan para nabi sering aku bandingkan.Dahsyatnya ujian dan cabaran yang allah berikan kepada mereka untuk membawa islam tidak sama dengan kita.Sebenarnya ujian yang menimpa kita adalah tidak seberapa jika dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh tokoh-tokoh islam dan para pejuang zaman dahulu.Mereka tetap tabah,sabar dan sentiasa optimis sehingga allah s.w.t mengabadikan nama mereka dalam catatan sejarah.

Ya..aku bangga allah memilihku sebagai rantai2 perjuangan nabi Muhammad s.a.w .Di laluan ini,aku sering di tarbiyyah oleh allah secara direct dan pergantungan kepada allah jua tinggi.Ya allah!Aku tidak pernah sesekali berasa menyesal dengan apa yang aku tempuhi sekarang ini.Malah,keimanan kepadamu kian bertambah dan pengharapan kepadaMu kian menebal.Kerana aku yakin,Engkau sentiasa bersamaku dan yang paling penting,Engkau kirimkan kepadaku sahabat2 yang sungguh aku tidak pernah jumpa sebelum ini.Sahabat2 yg sama fikrah dan bertaut hati dengan ukhuwah yg mantap dan sahabat2 yang bersama2 di kala susah mahupun senang.Sesungguhnya,hati2 bertaut keranaMu Ya Rabbi.DemiMu tuhan,aku sangat menyayangi sahabatku dan biarlah ukhuwah ini berterusan di dunia dan di akhirat…amen… Kekuatan yang kau berikan kepada sahabat2ku,menguatkan aku.

Dikala pihak lain sibuk berkempen untuk pilihanraya esok,kami pula melakukan solat hajat di atas jalan raya berhamparkan tikar dan sejadah,memohon pertolongan ALLAH untuk memudahkan kemenangan di pihak kami walaupon hakikatnya banyak sangat rintangan.Bertemankan kegelapan malam dan berbumbungkan atap langit,kami bermunajat kepada allah dengan hati yang penuh pengharapan.Ya allah!saat itu,aku merasakan Engkau sentiasa berada dekat dengan kami dan seolah2 Engkau menyatakan kepada kami supaya jangan takut dan gentar.”AKU SENTIASA BERSAMA KAMU”.Airmataku berjurai2 jatuh dengan lajunya dari kelopak mata tatkala berzikir di dalam kesayuan walaupon keadaan kami dalam terancam dan hatiku rasa sangat sebak kerana aku berada di dalam kelompok sahabat2 yg sentiasa dekat denganMu…

Selepas itu,solat hajat berjemaah dilakukan dengan penuh rasa rendah diri dan hina di hadapan ALLAH.Sesungguhnya,kami hanyalah makhluk kerdil yg mengharapkan simpati dan belas ihsan daripadaMu setelah penat lelah kami berusaha,akhirnya tawkkallah langkah terakhir iaitu berbalik kepadaMu kerana kalah @menang itu adalah ketentuanMu.Engkau lebih berhak dan tahu daripada kami apa yang terbaik sungguhpun kalah kerana kami yakin,pasti ada hikmah di sebaliknya.



ALLAH berfirman:"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Dan allah tidak pernah sesekali menganiya dan menzalimi diri kita tetapi kitalah yang selalu menzalimi diri kita sendiri…

Memang benarlah,islam itu datang secara asing,dan ia pergi juga secara asing.Ramai pihak2 yang asing dengan islam ini walaupon beragama islam turut serta untuk melakukan provokasi dan ancaman2.Mereka ini adalah puak2 penentang yang tidak suka melihat orang lain membawa islam.Semasa kami berzikir beramai2,mereka menghisap rokok dan membuat bising..Sudah menjadi kebiasaan apabila banyak gambar2 kami di ambil.Namun,aku terkejut apabila puak ini sanggup menghantar santau kepada kami yang tak pernah menentang mereka ini.Na’uzubillah!KAU lindungi lah sahabat2 kami ini kerana aku sayang mereka.Janganlah ENGKAU timpakan apa2 malapetaka kepada mereka.Jauhkan lah ya allah……Biarlah apa yg mereka hantarkan kepada kami itu menjadi seperti debu2 yg berterbangan yang tidak bisa memberikan kesan apa2 terhadap kami.Ameen…

Sabtu, 12 Februari 2011

TOLONG SAMPAIKAN PADANYA


Tolong sampaikan pada si dia..
Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam engan-angannya..
Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,bila jarak jadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan adanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku..




Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan pada si dia kerana ku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya engkau Ya Allah yang maha mengetahu siapa dia..??
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana dia si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Jumaat, 11 Februari 2011

Terima Kasih ALLAH

Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini...


♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


~Ingatlah allah setiap detik dan waktu.......
V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶s̶ Day ?? Katakan ''TIDAK" !
Maulid Nabi ??? Katakan ''YA" ♥
~Sama2 lah kita memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan berselawat ke atas Baginda KeKasih ALLAH...