SALAM UKHUWAH

Isnin, 31 Januari 2011

ALLAH pilih kita sebagai penolong agamaNya

Salam perjuangan kepada para pendokong kebenaran yang tidak pernah berhenti berjuang menegakkan agama-Nya di muka bumi ini.

Tajuk kali ni Allah dah pilih kita sebagai penolong agama-Nya.

Nak atau tak nak, kita kena terima sebab ini amanah Allah untuk kita.

Larilah ke mana-mana dunia, amanah ini perlu dilaksanakan, walhal ke hujung dunia atau ceruk pedalaman kampung sekalipun. Dakwah Islam perlu disampaikan kepada yang dah Islam sejak lahir dan bukan Islam.

Jom singkap kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan nun yang melarikan diri daripada menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Berbulan-bulan baginda berada dalam perut ikan nun, baginda menyesali sikapnya kerana melarikan diri dari menyampaikan tugas sebagai Nabi yang diutuskan Allah untuk menyeru umat tersebut kepada Allah. Baginda berdoa dan memohon keampunan kepada Allah atas segala kesilapannya yang melarikan diri dari melaksanakan amanah. Nah! Lihatlah nabi Allah sendiri, tidak terlepas dari menerima hukuman dari Allah apatah lagi kita manusia biasa yang dipilih Allah sebagai pendakwah ingin mengambil sikap tidak mahu berdakwah kepada orang sekeliling padahal kita mengetahui kebenaran agama Islam ini.

Sesungguhnya perjuangan Islam ini tidak pernah terhenti sehingga hari kiamat. Dan kita mesti meyakini bahawa masa depan bersama Islam.

Seorang ustaz menyampaikan tazkirah kepada kami mengingatkan bahawa pilihan Allah sangat sedikit. Ditapis-tapis sehingga yang benar-benar ikhlas untuk membawa agama-Nya. Beruntunglah orang-orang yang dipilih-Nya untuk membawa mesej Islam ini. Orang yang dipilih Allah ini, perlu buat kerja Islam, jangan bermain-main dan leka lagi. Tugasan kita banyak dan berat kerana ingin mengembalikan manusia beriman sepenuhnya kepada Allah. Jadi, kita kena buat kerja, dan kerja Islam yang kita lakukan mesti bersama jemaah. Orang yang Allah tak pilih sebagai penolong-Nya, biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Kita yang perlu menyeru mad'u-mad'u di sekeliling kita dengan penuh sabar dan hikmat. Menyeru dan terus menyeru semampu kita, bukan menghukum. Penghukum hanya Allah taala.

Iltizam kita: Biar susah dan payah, biar sakit dan derita, andai inilah jalan menuju ke syurga, tetap akan kumara walau terpaksa kuberikan nyawa dan darah kerananya. Takbir!!

Perjuangannya tidak main-main..

"Orang yang berjihad kerana ALLAH..
Jiwanya takkan layu..
Jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
Kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH..

Seorang pemburu syahid...
Dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
Takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
Sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

Biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
Biarpun dia terasa seolah2 terlau penat...
Biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
Biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
Walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
Sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...
Pemburu cinta sang Pencipta...
Dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

Kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
Kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
Kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
Dia memilih jalan perjuangan...

Ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
Dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW..
Biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
Tiada normalnya...
Tiada rehatnya...
Namun apabila bekerja untuk ISLAM...
Seolah2 dia cuti sepanjang masa...
Seolah2 dia rehat setiap ketika...
Kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

Ku kagum pada dirinya...
Menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
Tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
Tetap positif membina kekuatan..
Walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN..."


YA ALLAH...

KUATKAN SAHABAT HAMBA...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA ..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA

DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....

Ya ikhwah sekalian...renung-renungkan ini

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

..... T E T A P I...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

Isnin, 10 Januari 2011

PASANGAN YG BAIK UNTUK KAMU...

Satu cerita,1000 makna...
1x baca...
dpt plbagai pengajaran...
1x trsemat di hati..
berkali2 terselamat drpd godaan cinta..
1x dibaca dgn ikhlas..
akn smpy juga mesejnya...=D

================================

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..
Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .
Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.

Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah.
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..

"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....

=================================

Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(

IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..

semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..

Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)

Air mata WANITA....

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis.
Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan,
Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."





"Tahukah kamu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

" "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Peliharalah pandanganmu duhai kasih......








Mengharap kasih Sinarnya dosa dari diri......

WAJIB menyambung tugas Rasul..

oleh: ustaz Mohd Zawawi Yusoh

SETIAP kita kena berdakwah untuk mengajak manusia kepada Islam. Islam itu agama dakwah seperti Rasulullah pernah lakukan.
Kekuatan kita dan umat Islam zaman berzaman terletak di atas kesungguhan berdakwah untuk menyelamatkan orang daripada azab Allah.

Apabila kita tidak buat usaha dakwah dan sibuk dengan mencari harta dunia, maka agama lain akan datang termasuk Kristian dan agama sesat baru muncul serta menyesatkan manusia.

Kristian sebenarnya adalah agama yang sudah habis tempoh laku (expiry date). Bagaimanapun, kerana pendakwah Kristian tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan usaha mereka, agama itu seolah-olah lebih hebat dari Islam.

Apabila kita cuma amalkan Islam secara sendirian dan bukannya secara berjemaah seperti diamalkan Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya selagi itulah misi Kristianisasi akan menyerang kita.

Kita kena melihat dakwah sebagai tugas terhormat untuk kita semua menjadi mulia di sisi Allah. Dakwah, satu kalimah yang mungkin selalu kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari.
Mungkin ketika berbual dengan kawan di pejabat, atau dalam tazkirah di masjid dan surau. Apabila ditanya kepada masyarakat kebanyakan berkenaan pengertian dakwah, pelbagai versi pengertian dakwah akan diberi mengikut pemahaman masing-masing.

Ada yang mengertikan dakwah dengan kerja mengajak orang jadi baik saja ataupun ajak orang pergi masjid semata-mata.

Ada juga yang memberi pengertian bahawa dakwah ini adalah kerja untuk mengajak kepada yang makruf dan membanteras kemungkaran.

Ada juga yang faham dakwah adalah hak milik eksklusif ustaz yang mengajar di masjid saja, tak perlulah bukan ustaz atau bukan budak sekolah agama hendak menyibuk dalam urusan dakwah.

Ada juga yang berpendapat tidak payahlah aku ini nak penat-penat masuk kumpulan dakwah atau fikir pasal dakwah, cukuplah asal aku dan keluarga aku jadi baik, aku boleh pergi masjid lima kali sehari semalam, boleh ajar anak aku mengaji, Ramadan boleh puasa lepas tu bayar zakat dan kalau ada duit lebih sikit pergi buat haji serta umrah.

Percaya atau tidak, kebanyakan masyarakat Muslim hari ini mempunyai minda yang macam itu ataupun lebih kurang macam itu. Eh, salah ke?

Nanti dulu, kefahaman dakwah itu bukan boleh main agak-agak macam itu saja. Bukan isu remeh-temeh dan ranting, tapi dakwah ini satu tugas besar yang diwarisi daripada nabi sejak zaman-berzaman lagi.

Kalau risalah ini dibawa nabi, maknanya ia memang perkara yang sangat penting untuk kehidupan manusia. Cuba kita kaji betul-betul apa yang dibawa nabi dari dahulu sampai sekarang? Adakah sekadar hendak ajak kawan jadi baik saja?

Rasa-rasanya kalaulah risalah yang dibawa Rasulullah sekadar hendak ajak orang jadi baik saja maka tidak perlulah Rasulullah serta sahabat bersusah-payah berjuang hingga sampai kena bina negara.


Tidak berhenti setakat itu saja, risalah kemudian disampaikan ke segenap pelosok muka bumi oleh sahabat dan tabiin hingga ke China.

Dakwah adalah satu usaha secara tersusun untuk menyampaikan Islam dan menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini supaya semua manusia dapat menikmati keindahan Islam dan bebas dari perhambaan sesama manusia.

Tugas dakwah tidak terhad kepada keluarga kita semata-mata bahkan melangkau jauh sempadan geografi setiap negara.

Ia adalah tugas global apabila kita yang bertuah dilahirkan sebagai umat Islam dan setiap orang daripada kita bertanggungjawab untuk tugas dakwah terbabit.

Ia bukan tanggungjawab ustaz semata-mata, bahkan kita akan dipertanggungjawabkan atas urusan berkenaan.

Mengapa kita perlu berdakwah? Sebab Islam itu adalah agama yang sempurna dan kita wajib untuk berkongsi nikmat kesempurnaan itu dengan semua manusia.

Sebab itulah kita perlu bekerja bersungguh-sungguh. Apabila Islam tertegak di atas muka bumi dan memerintah bumi ini, aman dan makmurlah segala-galanya, ekosistem kembali seimbang dan dunia akan menjadi tempat paling baik untuk didiami.

Faham tak sekarang mengapa kita perlu berdakwah? Tapi persoalannya macam mana hendak memulakan dakwah? Macam mana, kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang

Marilah sama-sama membabitkan diri kita bersama mereka yang dipilih Allah untuk menjadi penyambung tugas nabi.

KISAH ZINNIRAH...

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka. Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

~Tabahnya wanita bernama Zinnirah ini..Setiap dugaan ya allah berikan,diA lalui dgn tenang..mampu kah kita se tabah beliau..Di pukul,ditendang,di jemur tgah pnas oleh tuannya(Saidina Omar) sblm memeluk islam.Paling dhsyt ialah,dia di butakan mata dgn besi panas..masyallah..
Berkat kesabaran beliau,allah pulihkan matanya kembali..Malah sinaran matanya lbih bercahaya..
Semoga kisah beliau dapat menjadi sumber kekuatan kpd kita agar lbih besabar dgn dugaan ya ALLAH berikan kerna dugaan allah pada zinnirah lbih besar dari kita.

Sabtu, 8 Januari 2011

Sukarnya untukku membuat keputusan....

Ya allah!!
Sukarnya untukku membuat keputusan...
Aku rasa belum cukup kuat untuk menerima jawatan seberat itu...
jawatan yang agak tinggi dalam exco pimpinan...
~EXCO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN................

IKHWAN ku.......=(

Assalammualaikum....

Terasa agak kecewa dengan perkembangan Kelab IKHWAN....
Terutamanya terhadap muslimin yang menerajui jawatan paling atas untuk kelab..
Tapi mereka membisu seribu bahasa seolah-olah tiada perkara yang perlu dilakukan setelah berakhirnya MPR....

Oh sahabat2ku sekalian....
Kita semua adalah pilihan ALLAH.. yang di beri amanah untuk memikul tanggungjawab yang besar walaupon di kelab yang kecil...Namun,kita kena ingat! kita membawa islam untuk kolej kita iaitu K5..Cuba antum semua fikir,siapa lagi yang akan bawa islam kalau bukan kita ???Siapa???Ada ka kelab lain yang membawa islam juga di k5 ini???
~Nehi kia...

Kemana hilangnya antum semua???kemana hilangnya program2 yg kita jalankan pada semester2 yang lepas???
~Kelas fardhu Ain
~Tazkkirah maghrib
~meeting
~Qiamulail
~Gotong royong surau

Ayuh la !kita bincang kembali...demi memantapkan kembali rohani kita yang kian bersawang dan usang...Jika kita insan terpilih di k5 ini pun tidak boleh memberi komitmen yang jitu untuk islam dan lemah..pelajar2 yang lainnya lagi la lemah x bermaya...

Fikir...fikir....dan fikir la sejenak...

Diam membisu tanpa berbuat sesuatu tidak akan merubah/menyumbang apa2 pun
Jika kita masih sayangkan islam...
Jika kita masih sayangkan agama...
...jom!hidupkan kembali kelab kita ini....
Bincang apa yang patut untuk ummah...
Ayuh semua!bangkitlah kembali terutama sekali muslimin.
ANDA ADALAH PEMIMPIN!!!

BUAT RENUNGAN SEMUA....:
Orang Mukmin yg beriman itu ada 2 golongan.
Dan xsama orang2 yg beriman dikalangan mereka sendiri iaitu org2 yg berjihad dan x berjihad(berpeluk tubuh..hanya solat,puasa)
DI dalam ayat 110 (x ingat surah apa) allah ada... ...berfirman:
Umat terbaik (KHAIRUL UMMAH) adalah:
1)Menyeru kepada kebaikan
2) Mencegah kepada kemungkaran
3)Beriman kepada allah
Mengapa allah letakkan ,Beriman kepada ALLAH di akhir, iaitu no.3???
Mengapa bukan no.1??
~KERANA BERIMAN KPD ALLAH ADALAH BASIC REQUIREMENT YG PERLU ADA BAGI SETIAP INSAN YG BERAGAMA ISLAM.SEKADAR SOLAT JEMAAH,PUASA DAN LAIN2 ADALAH TIDAK CUKUP..IA PERKARA ASAS YG KITA WAJIB LAKUKAN..
JADI APA YG MEMBEZAKAN KITA???
~JAWAPANNYA ADALAH DI NO.1 DAN NO.2....(MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEPADA KEMUNGKARAN)
ITULAH YG MEMBEZAKAN SETIAP ORANG..
WALLAHUALAM...

Jumaat, 7 Januari 2011

DOA ISTERI SOLEHAH

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau RIdhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu


Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sadar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, Ya Rabbal 'AAlamiiin…….

Selasa, 4 Januari 2011

Di penghujung 2010~

Assalammualaikum..
Harap nya rakan2 blog sihat walafiat hendaknya..ameen..

3 Januari 2011..
Bermulalah episod kehidupan seorang pelajar kembali setelah sebulan lebih 'BEREHAT' di rumah..Kini,aku di semester yang ke-4..terasa cepat sungguh masa berlalu..pahit manis,suka duka yang berlaku pada tahun 2010 pergi begitu sahaja..hari demi hari...tahun demi tahun ...kini aku di usia 21 tahun...Seperti tidak percaya umurku kini sudah mencecah puluhan..Maksudnya,sudah 20 tahun lebih allah memberikan aku nyawa dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di muka buminya ini bersama2 nikmat yang tidak terhingga yang lain...ALHAMDULILLAH..ku panjatkan kesyukuran..

Mengimbau kembali detik2 2010...
Perkara2 penting..

29 Disembar 2010-

Mak langku yg mengidap kencing manis hampir 11 tahun telah pergi mengadap illahi..Ku doakan agar beliau di tampatkan di kalangan org2 yg bersabar kerana org yg bersabar akan diberi ganjaran pahala yg besar oleh allah..Mudah-mudahan,sakit yg di tanggungnya selama ini dgn penuh kesabaran,tanpa keluhan di kira oleh allah ...Ameen..
Arwah dikebumikan di masjig Kg.Kedah berdekatan rumah ibunya..
Malam itu,aku melihat sendiri arwah yg baru sahaja di cabut nyawanya oleh malaikat izrail tidak sampai pun 10 minit lagi.Selepas kami bergembira melihat kemenangan Malaysia di piala suzuki,tiba-tiba ayah telefon mak menyatakan bahawa mak langku sudah tiada..Aku dan adik2 yang lain bergegas pergi ke rumah arwah yang hanya selang 2 rumah dengan rumahku..Kami berjiran.Kami terlalu bergegas pergi sehingga meninggalkan mak yang tidak sihat seorang diri.Ketika itu,ayah dan pak langku(suami arwah) tidak ada di rumah kerana kebetulan pula tok di kampung juga tak sihat.Jadi,malam tu terpaksa bawa ke klinik.Mak menelefon jiran2...Akhirnya,arwah disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital.
Kami semua redha dengan pemergiannya...insyaallah..
Aku masih teringat perbualan aku dengannya tempoh hari pada 12 Dis 2010..Dan aku juga masih ingat saat memimpin tangannya untuk berjalan kerana kakinya yang bengkak akibat penyakit kencing manis membuatkan arwah sukar untuk berjalan..Tidak ku sangka,hari itu adalah perbualan terakhir aku dengannya..Mengingati detik itu,rasa seperti ingin mencurah-curah air mata keluar.Namun,sebagai manusia kita harus redha dan pasrah dengan ketentuaNya.Hanya doa mampu dipanjatkan..takziah buat paklang ku dan sepupuku,harris dan haikal…Moga kalian tabah!


12 Disember 2010-

Berada di Sungkai kerana ada majlis perkahwinan mak longku,Ayu..
Hari itu mak mula sakit ..pening yang teruk sampaikan kena pimpin dan picit kepala..mak muntah2..Mungkin kah kami dapat baby baru??adik baru??tidak..Sebenarnya,inilah penyakit mak.Hampir 20 tahun yang lalu terkena sihir baru kini kami tahu punca berlaku masalah dalam keluarga.Hari itu,mak xdapat berjalan..sepanjang berlangsung nya majlis,mak xtahu apa yang berlaku..Mak dah tak hiraukan sekeliling..aku sentiasa di sisi mak untuk urut dan sekali sekala menghilang sebab jadi camerawoman.Mak sakit sampai lah ke hari ini..Sekarang tengah berusaha berubat dengan ustaz darussyifa di samping berubat dengan doktor juga..
~Aku harap sangat mak cepat sembuh..Nak sangat tengok mak macam dulu..sihat seperti orang lain..dapat pergi kelas untuk mengajar seperti biasa..Rindu nak bergurau senda dengan mak..:(
Tatkala aku mencari gambar2 kenangan di dalam laptop untuk melihat gambar arwah mak langku yg baru sahaja meninggal dunia ,aku terlihat gmbar2 mak ketika sihat..gambar2 ketika kami sekeluarga bercuti di Bukit Merah.Bercucuran airmata aku keluar melihat keadaan mak sekarang .Sejak 2 minggu yg lalu,mak xsihat..aku jadi runsing.Walaupon aku x tunjuk depan mak tapi hati terkesan.Memikirkan aku yg akan pulang ke UPM 3 hari sahaja lagi menjadikan hatiku sangat pilu untuk meninggalkan mak jauh dari pandangan.Aku mahu mak sihat kembali seperti biasa.Tolong lah ya allah!Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.