SALAM UKHUWAH

Selasa, 31 Ogos 2010

KEMBARA PERGHH RAMADHAN..(sATU AkidaH SAtu UMMah)

~Kasih TUHAN tiada bertepi,Sayang tuhan janjiNya pasti ~

Hari ini,31 Ogos 2010 bersamaan dengan hari kemerdekaan Malaysia telah diadakan ceramah bertajuk "Satu Akidah Satu Ummah" sempena sambungan siri2@ aktiviti2 Kembara Perghh Ramadhan...Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zahiruddin Bin Zabidi di Fakulti Pengajian Pendidikan,UPM.Serba sedikit pandangan saya mengenai ustaz ialah,ceramah yg di sampaikan beliau sgt mantap dan byk memberikan persoalan yg audience perlu fikir dan jawab..Satu perkara yg saya kagum dengan ustaz ini ialah beliau baru berusia 25 tahun tetapi cara penyampaian dia sgt terkesan seperti orang yg dah byk pengalaman..Beliau adalah penulis dan editor buku Rabiatul Adwaiyah,wanita sufi perindu allah..Mari berkongsi ilmu !



~Ustaz Zahiruddin Zabidi

Satu akidah satu ummah......Apakah yg di maksudkan dengan akidah??Sebenarnya akidah berasal drpd perkataan bahasa arab 'AKAD' iaitu ikatan,pegangan ..itu dari segi istilah bahasanya..Apakah bezanya akidah kita dengan org bukan islam??Yang membezakan kita ialah akidah islam telah berpaksikan kepada kalimah "Lailla hailla allah" iaitu tiada tuhan selain allah..Bagi org bukan islam pula,pada fitrahnya mereka masih percaya adanya tuhan,tetapi akidah yg mereka pegang itu salah.Contohnya,bgi org kristian mereka percaya kepada trinity(byk tuhan).Bagi mereka Nabi isa itu adalah anak tuhan..Na'uzubillah..telah disebutkan dlm al-quran di dlm surah Al-Ikhlas,ayat 3..Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan..Jauh sekali menyimpang dari apa yg tertulis dlm al-quran apa yg mereka percaya.
Berbalik kepada tadi,Sesungguhnya kalimah tauhid 'lailla hailla allah sangat mendalam maksudnya..Kata ustaz,kalau kita benar2 memahami kalimah ini,pastinya masalah akidah akan selesai..Kerna apa??Kita lihat sendiri maksud kalimah ini..LA iaitu bermaksud tiada..memang tiada..ILLAHA-Menurut pakar bahasa pustaka,tiada perkataan yg betul2 boleh menterjemahkan maksud ini..Tapi dari segi maksud arabnya kita tahu ialah tuhan.Tetapi sebenarnya lebih tepat sekali ialah tempat segalanya2.Maksudnya di sini lah tempat kita meminta pertolongan,mohon perlindungan,minta segalanya2..segala2nya..subhanallah!Kemudian,ILLA-bermaksud kecuali..ALLAH-tuhan sekalian alam..tuhan kita semua..
Keseluruhannya bermaksud memang tiada tempat segalanya2 KECUALI allah...Ya allah,kalau kita betul2 faham kalimah ini,memang kita tidak punya masalah walaupon ketika di timpa musibah apa sekalipun..Sepatutnya,isu akidah ini dah tak perlu ada lagi..sebab dah lama kita dok persoalkan mana allah??mcmna rupa allah?Bayangkan dari zaman para nabi dahulu hingga sekarang kita dok persoalkan benda yg sama(isu akidah)..Sebenarnya di mana allah @ bagaiman rupa allah itu adalah urusan allah..Kita sebagai manusia di dunia ini buat urusan kita..Fikirkan masalah yg lebih serius sekarang ini contonhnya masalah pembuangan bayi.Itu yg patut kita bincangkan iaitu bagaimana cara untuk selesaikan..tapi bukannya bincang punca berlakunya pembuangan bayi seperti yang media lakukan..Itu semua org dah tahu.Asyik bincang punca bila perkara nak selesai kan?Sepatutnya kita bincng cara nk selesaikan..


~Hampir 150 org yang hadir..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan