SALAM UKHUWAH

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kehidupan...

Ini lah sebuah kehidupan..
Kadang-kadang,rasa kehidupan ini susah untuk di mengertikan..
Kadang-kadang apa yang kita tidak mahu itu,datang jua tanpa di pinta..

Kadang-kadang,kita rasa putus asa,down,kecewa,lemas,sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling kita..
Kadang-kadang,kita rasa terbeban dengan ujian yg di beri..
Kadan-kadang,kita jatuh..bangun dan rebah kembali..cuba untuk bertatih semula..
Kadang-kadang,kita tak selamanya berada dia atas ...
Kadang-kadang,perasaan,hati dan fikiran kita menduga perkara yang salah..
Kadang-kadang,kita rasa di pinggirkan dan tidak gembira..

Terlalu banyak kadang-kadang yg hadir dalam hidup ini...Tetapi ingatlah teman!kadang-kadang itu lah yang menjadi bukti samada kita kuat ,tabah dan redha dengan ketentuanNya @ tidak..Mungkin mulut boleh berbicara dengan bebas nye yang kita beriman dengan Allah..Tapi bila di uji,tak tentu lagi lulus ke tak,dikira beriman ke tak.Itu lah maksudnya..Sebenarnya ujian semua ni lah bukti kita benar-benar beriman@ sebaliknya.

Allah sendiri telah berfirman dlm al-quran,"TIDAK DIKIRA BERIMAN SESEORANG SELAGI DIA BELUM DI UJI"..

~Allah uji kita sebab allah sayang kita..Jadi,kalau di uji..jangan cepat melatah.Mungkin kita rasa berat dan susah nak hadapinya tetapi ingatlah!allah cuma nak lihat hamba-hambaNya.. =)

~Ujian untuk menambahkan keimanan padaNya..Bukan mengurangkan!Mudah-mudahan..Insyallah..

Jumaat, 22 Oktober 2010

Future biologist..Insyaallah =)

Alhamdulillah,banyak benda yg di pelajari semenjak menjadi pelajar biology di UPM ini..Sepanjang semester ini ,ada 5 fieldtrip; ke port dickson,genting higlands,Taman Botani,zoo Negara dan campus walk.Kami mencari nama scientific dan common name utk pokok dan haiwan...yA ALLAH!Banyaknya ciptaan mu sehingga x mampu utk di hitung..Daripada species yg berbeza ,lautan dan daratan..di udara..bawah tanah..semuanya ciptaan Allah..Subhanallah,walhamdulillah,allahuakbar!
~Diversity of plants + Diversity of animals = Diversity things created by Allah
~Belajar kerna allah..Insyaallah.. Semakin kita belajar,semakin kita sedar bahawa banyak benda yg kita xtahu..Moga lebih mendekatkan diri padaNya..aMIn..















Sabtu, 16 Oktober 2010

~Wanita solehah~

Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.



Keayuan wanita solehah itu,tidak terletak pada kecantikan wajahnya,Kemanisan wanita solehah,tidak terletak pada kemanjaannya,Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,



Bukan dan tidak sama sekali,Kepetahan wanita solehah,Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.



Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.



Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,



Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,Bersyukurlah diatas apa yang ada,Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.



Salam perjuangan untuk sahabatku,Pentafsir Silau





"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita yg solehah"



sama2 lah kita b'kongsi ilmu

Innalillahi wainna ilahi roji'un...

Lama rasanya tidak menjengah ke blog yg kian usang ini..Masa yg sibuk di isi dengan keperluan duniawi seperti menyiapkan lambakan assingment yg tidak putus2.Tidak pernah dilupakan,keperluan ukhrawi yg lebih utama dari segalanya menyebabkan tiada masa utk meng'update' blogku..

Dua hari lepas,iaitu malam jumaat..Ketika aku di kelas bi aku telefon mak sebab rasa rindu..Lama rasanya xdengar suara mak walaupon 3 hari lepas ada telefon.Lepas cakap dengan mak,ada mesej masuk..Masyallah!bertapa terkejutnya bila mendapat berita kematian bahawa sahabat sekelasku di agama yan dulu,Syamil Basri telah menghadap illahi kerana terlibat dalam kemalangan.Walaupun aku tak pernah bercakap ngan dia tapi aku kenal dia sebagai rakan satu kelas yang sama2 dalam perjuangan menuntut ilmu..Dan siapa yang tidak kenal dia,ketua penyanyi nasyid sek agama ku dulu.Memilik suara yg indah..Pemergiannya sangat mengejutkan kami semua tambah2 sahabat2 lakinya yg selalu berkumpul bersama2 kalau time cuti semester untuk main futsal@bola sepak.

Menurut shabat2 laki,arwah seorang yg sangat baik dan peramah.Kehilangannya sukar utk di cari ganti..Arwah kerap juga ke masjid bila balik bercuti ke rumah untuk azan dan solat jemaah menurut seorng makmum masjid kampungnya.Alhamdulillah,semua org sekeliling arwah menyenangi nya ketika di dunia..Moga kepulangannya ke sana jua di senangi allah..dan moga rohnya di tempatkan di kalangan org yg beriman serta di angkat darjatnya tinggi di sisi allah..Ameen..
Arwah meninggal pada malam jumaat,iaitu malam yg di tangguhkan soal bicara dalam kubur serta menurut seorang sahabat,ketika proses pengebumian hujan turun renyai2..Ya allah!dua petanda baik...meninggal pada malam jumaat dan hujan berkat,mudah-mudahan insyaallah..

~Kita yg masih hidup ini bagaimana??Sudah bersediakah untuk melangkah ke alam yg belum tentu menjaminkan kebahagiaan jika di dunia masih tunggang langgang amalan dan perintah allah??Astaghfirullah hal azim..Takutnya bila memikirkan kematian..Di tinggalkan seorang diri di tempat yg gelap tanpa sesiapa pun samada keluarga,sahabat2 dan sesiapa jua melainkan hnya amalan yg menemani kita.Bersediakah kita???Adakah kubur kita diterangi cahaya ??Adakah kubur kita di lapangkan??Ke mana kah kita??Syurga @ neraka??Persoalan yg selalu bermain di benakku hingga aku sendiri tak mampu untuk menjawabnya melainkan hanya mampu mengalirkan airmata...
~ALLAH!MUDAHKANLAH URUSANKU DUNIA AKHIRAT..TIADA SUATU PUN YG LEBIH PENTING MELAINKAN MENDAPAT KEREDHAAN DAN KEBERKATAN DARIMU..

Selasa, 5 Oktober 2010

BERTUDUNG tapi bajunya sendat-singkat, seluar jeansnya ketat-ketat..


Wanita Berpakaian Telanjang : Dosa yang dipandang remeh

Ramai orang Melayu yang malas membaca. Kalau buku agama lagila malas nak baca. Sudahnya..kita jadi masyarakat jahil dan buta agama...

Telah ramai gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis : "Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya.." (Sahih Muslim).

Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang 'berpakaian telanjang'. Para ulama memberi definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah : Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi 'bertelanjang' daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya.

Pada zaman ini kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w menyatakan dalam hadis yang sama: "Aku belum pernah melihat mereka ini." Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang? Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksud ini?

Realiti semasanya, amat mudah untuk kita melihat pakaian sebegini di mana-mana. Yang menyedihka, golongan wanita ini mengaku muslimah. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh ataupun mereka mengenakan pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya bertentangan dengan akhlak Islam di mana seseorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.

Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memahami keutamaan dalam memelihara aurat. Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan syahwat berbanding dengan menutup rambut atau kepala.

Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lebih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukan hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan wajib ditutupi kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan.

Gaya terkini, kebanyakan remaja didapati tudung dikenakan dengan baju lengan pendek yang sangat ketat dan seluar JEANS sendat. Disebabkan potongan bahagian bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal peha mereka yang amat mengiurkan lelaki. Kelihatan seksi bila berjalan tergedik-gedik biarpun bertudung.. Inilah yang dinamakan "berpakaian seolah-olah telanjang" bermakna hukumnya sama seperti mendedahkan aurat.

Remaja muslimah kini semakin hilang rasa malu dan maruah diri. Rela tubuhnya menjadi tontonan lelaki. Sesungguhnya wanita yang menipu dalam menutup aurat adalah tergolong dalam ahli neraka.

Fesyen sebegini tak ubah seperti pakaian orang kafir. Sebagai umat Islam kita dilarang daripada meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran dalam satu hadis: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka." (Sunan Abi Daud)

Bagi kaum lelaki, janganlah hanya berdiam diri dan berlepas tangan. Bukankah kerja Amar maaruf nahi mungkar itu suatu pekerjaan yang wajib dilaksanakan ? Allah telah perintahkan kita mendidik anak isterinya dengan didikan agama yang sempurna. Ayuh berdakwahlah!!

Ayuh sahabat kita berpakaian menurut syariat Islam !!

Artikel ~AKU TELAH BERTUNANG DENGAN KEMATIAN~



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


..........................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.


Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.


Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


........................................

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."