SALAM UKHUWAH

Selasa, 31 Ogos 2010

KEMBARA PERGHH RAMADHAN..(sATU AkidaH SAtu UMMah)

~Kasih TUHAN tiada bertepi,Sayang tuhan janjiNya pasti ~

Hari ini,31 Ogos 2010 bersamaan dengan hari kemerdekaan Malaysia telah diadakan ceramah bertajuk "Satu Akidah Satu Ummah" sempena sambungan siri2@ aktiviti2 Kembara Perghh Ramadhan...Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zahiruddin Bin Zabidi di Fakulti Pengajian Pendidikan,UPM.Serba sedikit pandangan saya mengenai ustaz ialah,ceramah yg di sampaikan beliau sgt mantap dan byk memberikan persoalan yg audience perlu fikir dan jawab..Satu perkara yg saya kagum dengan ustaz ini ialah beliau baru berusia 25 tahun tetapi cara penyampaian dia sgt terkesan seperti orang yg dah byk pengalaman..Beliau adalah penulis dan editor buku Rabiatul Adwaiyah,wanita sufi perindu allah..Mari berkongsi ilmu !



~Ustaz Zahiruddin Zabidi

Satu akidah satu ummah......Apakah yg di maksudkan dengan akidah??Sebenarnya akidah berasal drpd perkataan bahasa arab 'AKAD' iaitu ikatan,pegangan ..itu dari segi istilah bahasanya..Apakah bezanya akidah kita dengan org bukan islam??Yang membezakan kita ialah akidah islam telah berpaksikan kepada kalimah "Lailla hailla allah" iaitu tiada tuhan selain allah..Bagi org bukan islam pula,pada fitrahnya mereka masih percaya adanya tuhan,tetapi akidah yg mereka pegang itu salah.Contohnya,bgi org kristian mereka percaya kepada trinity(byk tuhan).Bagi mereka Nabi isa itu adalah anak tuhan..Na'uzubillah..telah disebutkan dlm al-quran di dlm surah Al-Ikhlas,ayat 3..Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan..Jauh sekali menyimpang dari apa yg tertulis dlm al-quran apa yg mereka percaya.
Berbalik kepada tadi,Sesungguhnya kalimah tauhid 'lailla hailla allah sangat mendalam maksudnya..Kata ustaz,kalau kita benar2 memahami kalimah ini,pastinya masalah akidah akan selesai..Kerna apa??Kita lihat sendiri maksud kalimah ini..LA iaitu bermaksud tiada..memang tiada..ILLAHA-Menurut pakar bahasa pustaka,tiada perkataan yg betul2 boleh menterjemahkan maksud ini..Tapi dari segi maksud arabnya kita tahu ialah tuhan.Tetapi sebenarnya lebih tepat sekali ialah tempat segalanya2.Maksudnya di sini lah tempat kita meminta pertolongan,mohon perlindungan,minta segalanya2..segala2nya..subhanallah!Kemudian,ILLA-bermaksud kecuali..ALLAH-tuhan sekalian alam..tuhan kita semua..
Keseluruhannya bermaksud memang tiada tempat segalanya2 KECUALI allah...Ya allah,kalau kita betul2 faham kalimah ini,memang kita tidak punya masalah walaupon ketika di timpa musibah apa sekalipun..Sepatutnya,isu akidah ini dah tak perlu ada lagi..sebab dah lama kita dok persoalkan mana allah??mcmna rupa allah?Bayangkan dari zaman para nabi dahulu hingga sekarang kita dok persoalkan benda yg sama(isu akidah)..Sebenarnya di mana allah @ bagaiman rupa allah itu adalah urusan allah..Kita sebagai manusia di dunia ini buat urusan kita..Fikirkan masalah yg lebih serius sekarang ini contonhnya masalah pembuangan bayi.Itu yg patut kita bincangkan iaitu bagaimana cara untuk selesaikan..tapi bukannya bincang punca berlakunya pembuangan bayi seperti yang media lakukan..Itu semua org dah tahu.Asyik bincang punca bila perkara nak selesai kan?Sepatutnya kita bincng cara nk selesaikan..


~Hampir 150 org yang hadir..

Isnin, 30 Ogos 2010

Rezeki Dalam Bulan Ramadhan...

Alhamdulillah,kelmarin hari yg sgt2 bertuah.Langkah kanan ke kolej KTP..

Al-kisahnya begini,Kak izah ada mesej nak buat usrah di KTP(kolej tun perak),pukul 6 petang dan iftar bersama..Dalam perjalanan nak ke ktp ngan intan,kami nak pi foodcourt dahulu untuk beli makanan berbuka puasa.Belum sempat sampai foodcourt,kak izah telefon..Kak izah ckap,tak payah la beli makanan sbbekat ktp ada majlis berbuka puasa dgn anak yatim.Kami pun terus pi ktp..Sampai depan surau tu jumpa Sabrina,kawan matrik dahulu.Dia tengah edarkan bubur lambuk percuma..Kami pun amik seorang satu..Masa masuk dalam surau tu,kak izah,naqibah kesayanganku dah ada..Kami duduk sembang sebentar sementara tunggu aini datang.Actually,ahli usrah terbaru 7 org termasuk kwn2 kos matematik (jijah,kak tikah dan kak ina) dan ahli2 lama iaitu aku,aini,intan dan teha..Teha xdpt datang sbb berbuka puasa di mines dengan kwan2 matrik.Jijah,kak tikah dan kak ina pun xdpt dtg sbb nya keluar gi masid india.So,kami bertiga je dengan kak izah.
Usrah pun bermula dengan task yg telah diberi oleh kak izah..Start dgn aini tentang serikandi islam..Dia ada beri softcopy dari i luv islam mengenai seorng serikandi yg x asing lagi dlm dunia islam iaitu wanita sufi, RABIATUL ADAWIYAH..

Rabi'ah Al-Adawiyah,Perindu cinta allah

Rabi'ah binti ismail al adawiyah tergolong dlm wanita sufi yg terkenal dlm sejarah islam.Dia dlairkan dlm keluarga yg miskin namun kaya dgn ibadat pada allah.Pada akhir kurun pertam hijrah,keadaan hidup msyrkat islam dlm pemerintahan Bani Umaiyah yg sblmnya terkenal dgn ketaqwaan mulai berubah..Pergaulan semakin bebas dan org ramai berlumba2 mncari kekayaan.Kejahatan dan maksiat semakin tersebar luas.Menyanyi,menari,berhibur semakin di agung2kan.Maka,ketajaman iman semakin tumpul dan zmn hidup wara' serta zuhud hmpir lenyap sma sekali.
Namun,allah tetap pelihara sebilngn kecil muslmin agr x terjerumus ke fitnah tersebut.Masa itu,muncul satu gerakan bru pimpinan Hassan Al-Basri yg hbiskan byk masa n tenaga utk didik jiwa n rohani msyrkt sekeliling.
Rabi'ah mempunyai keturunan yg baik.Ayah nya seorng hmba yg bertaqwa.Dia mendidik rabi'ah dgn baik berpandukan al-quran semata2.
DOA RABI'AH dlm kesunyian malam ketika bermunajat kpd allah:

'Ya allah,ya tuhanku.Aku berlindung diri kpd engkau dprd segala yg ada yg boleh memesongkan diri dariMu,Daripada segala pendinding yg bolehmendinding antara aku dan engkau.

Ra'biah hnya mengejar cinta ALLAH semata2..bukannya cinta manusia..Baginya,cintanya hnya utk allah..Subhanallah!Walaupon ada yg datang melamarnya,tapi dia telah menolaknya.Cinta kepada Allah yg ditunjukkan oleh Ra'biah sgt luar biasa.Dia menjadikan cinta pada allah itu sbg satu cara utk menyucikan hati dan jiwa.Kecintaan Ra'biah pda allah brjaya melewati pengharapan utk beroleh syurga Allah ..
~Semoga kita dpt mengambil pengajaran dari kisah wanita sufi ini..

Kemudian,giliran intan membentangkan isu2 semasa..Contoh terdekat sekarang ialah pembuangan bayi..Kami berbincang mengenai masalah ini.Bila agaknya akan selesai..negara semakin huru hara dengan masalah pembuangan bayi di mana2 ini.Yang sedihnya,dalam bulan puasa ini pun byk kes yg terjadi.Bertamabh runsing bila ada khabar angin yg kata nk tubuhkan sekolah utk yg mengandung anak luar nikah..Kononnya,supaya terpelihara..Bila anak tue lahir nanti,xdibuang.Tapi tak terfikirkah kerajaan,kalu buat mcmtu lagi2 bertmbah la golongn org yg mengandung anak luar nikah..Seperti diutamakan dan special pula tempat utk mereka..Ini mengalakkan lagi utk org melahirkan anak luar nikah.

Astaghfirullahal azim,susah utk menterjemahkan kondisi umat nabi Muhammad,umat akhir zaman ini.Kalaulah nabi lihat kita sekarang ini,pasti baginda menangis dan sedih kerana manusia skg terutama remaja sangat teruk..Iman sgt rapuh,lebih rapuh dari kaca..lebih tipis imannya dari kulit bawang.Allah huakbar!tenatnya iman..nazak sekali..takut bila fikir,bagaimanakah keadaannya bila zaman ke hadapan lagi.

Alhamdulillah,seharusnya kita patut bersyukur sgt sbb allah masih pelihara kita drpd memilih lorong2 yg salah ini..Satu nikmat yg sgt besar..Tapi bagaimana dengan rakan2 yg lain??=(
Persoalan yg sering bermain dibenakku ini...Aku syg kawan2 aku..bukan setakat di dunia,tpi di akhirat..Bagaimana aku harus lakukan utk tegur kwan2 aku,ya allah..aku x mampu.Lemahnya imanku..Tapi aku cuba dgn cara bagi surat sbb belum ada kekuatan nak bgtaw secara langsung face to face dan ada juga melalui mesej dlm facebook.Pentingnya semua ini kerana allah aka tnya kita di akhirat nanti..bila kita dah masuk ke syurga..tetiba sahabat atau adik beradik kita kata masa di dunia kita x pernah bagi nasihat atau peringatan..Dan elok2 ja kita dah nk melangkah nak masuk syurga,akhirnya kita di campak ke neraka..Na'uzubillah..minta di jauhkan.Yang pasti,aku dah cuba beritahu apa yg terbaik.Seterusnya,terpulang kepada mereka lah utk berubah..kerana setiap drpd kita telah di berikan akal oleh allah utk berfikir mana baik dan buruk...
Sebenarnya,jauh disudut hatiku,aku harap mereka berubah,insyaallah.

Berbalik kepada perjalanan usrah,kami berakhir sebaik shaja azan berkumandang.kami trus meuju ke dewan ktp dan brbuka puasa di sana bersama warga ktp dan anak2 yatim yg masih kecil.Hatiku sangat tersentuh melihat anak2 yatim ini,baya2 adik aku yg riang gembira berlari dan bermain..gelak2.tpi padahal mereka belum tahu erti kasih syg..belum tahu hakikat yg mereka dah x dak mak ayah.Aku cuba letakkan diri aku dlm keadaan mereka yg x punya mak ayah..Aduh!hiba sekali rasa hati ini.Mana mungkin aku dpt hidup sempurna tanpa mak ayah..Mak ayah lah yg segala2nya wlau mcmna pun..Tunjang utama pergantungan hidup..Aku mula rasa bersyukur kerna masih ada mak ayah yg jaga aku,beri makan minum,pakaian ,duit,dan segalanya..Alhamdulillah ya allah!~ Banyak sungguh nikmat allah pada kita tanpa kita sedari..Allah beri free tanpa perlu bayar satu duit pun..Bertapa pemurahnya Allah pada kita..namun firman allah dlm surah al-mulk,ayat 23..

"Katakanlah dia yg menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran,penglihatan dan hatinurani pada kamu..tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.."
Ya allah,jadilah kami hmabMu yg selalu bersyukur......

Masa kami buka puasa tue,kebetulan ada seorang junior warga ktp makan di depan ku dan kak izah..Jadi,kami bersembang la..Dia lebih byk bercakap dengan kak izah.Aku hnya menjadi pendengar yg setia..Tapi sekali sekala aku menyampuk jua kerana perasaan ingin tahu yg melampau2..Mcmna masuk topik agama x pasti,tpi baruku tahu yg dia ialah mualaf..Subhanallah!rasa takjub sbb dpt tahu dia masuk islam baru 7 bulan yg lalu tapi dah pakai tudung labuh..Memang x aspect langsung dia mualaf..Dia dan abg dia.Menarik juga kisahnya yg boleh kita kongsi bersma..Kisahnya begini..dia adalah asalnya bangsa iban yg xdak agama..Ateis..begitu juga dgn keluarganya.Semasa umur 12 tahun dia masuk agama kristian.Walaupon dia dah ada agama skg,tpi dia masih mencari "sesuatu"..Ustazah dia di sekolah la yg byk memberi tunjuk ajar semua tentang islam..Jadi dia tertarik dan memeluk islam selepas itu..Dia ckap,mak ayah dia xtahu..Aku jadi terkejut..Habis,mcmna kehidupan dia bila kat rumah..Nak solat dan lain2..Dia ckap,adik2 dia tahu..Adik2 dia akan cover line time dia solat dan bilik di kunci..Allah huakbar!sampai mcm tu sekali ..Kemudian,dia ckap kalau dia balik umah,dia terpaksa xpakai tudung kerana darurat..
Aku cuba tnya,'kenapa x bgtaw dgn parents ja'??Dia kata,xboleh..Mak ayah pasti x bgi dan mungkin akan putus silaturrahim..Dia xnk begitu..

Bila dengar cerita dia,aku teringt pada kawan ibanku yg bernama Macprihelna Martin..Kwan baik masa sekolah rendah..Di sekolah dulu dia rajin pinjam buku jawi dan minta aku terjemahkan..Dan byk pinjam buku sirah nabi2..Aku ingt lagi semua tue..Kami rapat walaupon aku dah pindah ke Kedah..Kami berutus surat selalu ..Masa tue telefon xdak lagi.Dia ada ckap,dia nk masuk islam...Sekarang ini,buah hati dia pun org islam dan kak dia pun kawin dgn org islam..Alhmdulillah..Keluarga mereka x pernah halang.~ya allah,berilah hidayah padanya..Aku cuba utk menjadi pembimbing terbaik dia..aku cuba utk bersedia membimbing dia...Beri aku kekuatan..AKu tahu,besar sgt pahala kalu aku dpt tarik dia masuk islam..



~Anak-anak yatim

Mengenai anak2 yatim tadi, mereka datang dari awal pagi lagi.Ada aktiviti dan pengisian oleh pihak kolej.Then,pulang lepas berbuka puasa ..Sangat sayu tengok masa diorang nak pulang walaupon x tunjuk perasaan ni pada sesiapa..rasa mcm nk peluk2 mereka..dah la comel2.Ini lah pengalaman kali pertama berjumpa anak yatim walaupon secara x sengaja...Ada 3,4 org yg dtg pada kami utk salam..Xsempat nk tngkap gmbar sbb mereka dah rushing nk balik..






Kami solat isyak dan tarawikh di dalam dewan..Lepas anak2 yatim balik,ramai juga warga ktp yg dah balik blok.Jemaah perempuan tinggal satu saf ja,begitu juga lelaki.Masa lepas buat 4 rakaat tarawikh,ada pengisian tazkirah sebentar oleh Che Li mengenai aurat muslimah...Nanti saya akan tulis panjang lebar lagi tentang aurat muslimah pada entry akan dtg,insyaallah.Moga diberi kelapangan masa selalu oleh allah utk berkongsi ilmu dengan semua...Rasa syukur sgt hari dilalu kelmarin..byk ilmu yg dapat dan rasa ketenangan jiwa...Orng lain mungkin anggap biasa,tpi bagiku sgt bermakna..

~Hari ni,31 ogos 2010..hari ulangtahun kemerdekaan negara yg ke-53...Mohon doa agar negara malaysia sentiasa hidup dlm aman harmoni..Sentiasa dlm lembayung rahmat dan kasih syg allah..Amin.....................

Wallahua'lam...=)

Jumaat, 27 Ogos 2010

Salah satu sebab kemurkaan ALLAH:MENGABAIKAN SOLAT JEMAAH..

Pada entry kali ni..saya cuba untuk share dengan sahabt2 sekalian mengenai tanda2 kemurkaan allah..Dalam buku yg saya beli,ada nyatakan 121 sebab2 kemurkanNya.. insyaallah,saya akan bicarakan tajuk ini di dalam usrah bersama kak izah dan sahabat2 yg lain pada hari ahad ni.kalu xdak apa halangan.Dah lama tertangguh usrah dek kesibukan ..,kita hnya merancng,allah jua yg menentukan.

Mari berkongsi ilmu !

Salah satu kemurkaan allah ialah mengabaikan solat berjemaah.Mendirikan solat berjemaah samada di masjid@ musolla di sesebuah tempat adalah amat ditekankan dlm islam.Dalam hal ini,imam mazhab telah berselisih pendapat tentang hukum mengenainya..


IMAM MALIKI-Sunat muakkad iaitu sunat yg dituntut dlm islam.


IMAM SYAFI'I DAN IMAM HANAFI-Farhu kifayah iaitu seluruh masyarakat akan berdosa kalau seluruhnya tidak mendirikan solat jemaah.Contohnya,di kolej ke 5 yg saya duduki skg ni,kalu semua org x solat jemaah,jawabnya semua akan menanggung dosa.Mahukah kita??


IMAM AHMAD BIN HAMBAL-Jika solat di dirikan seorang diri hukumnya sah tetapi berdosa.

Daripada pendapat2 diatas,keseluruhannya bersetuju bahawa solat berjemaah itu penting dilakukan..Sebenarnya,byk sgt hikmah solat berjemaah nie..Kalu kita laksanaknnya ,mesti kita akan nmpak.Contohnya,saya amik pendekatan di kolej la.Bila kita solat jemaah,boleh kenal dengan junior2 yg baru @ senior terutama ketika selepas solat(bersalam2an).Time ni lah,boleh berta'aruf sesama sendiri.Kalau hari2 salam n bertegur sapa,pastinya telah terjalin ikatan silaturrahim ..Apabila silaturrahim telah terjalin,pastinya perpaduan masyarakat stempat(warga kolej)dapat dipupuk dan kasih sayang menjadi bertambah kuat melalui solat berjemaah.Dekat sini ,bukan sahaja kita menjalinkan hubungan dengan allah malah dapat juga menjalin hubungan dengan manusia.Dua prinsip islam ni kita dah pun hayati melalui solat berjemaah secara x langsung kan??

Riwayat Al-Tarmizi drpd ibu abbas r.a ada menyatakan bahawa "Allah akan melimpahkan rahmatnya kepada umat islam yg bersatu dlm ikatan ukhuwah"..
Lagi fadhilatnya ,selain dpt wujudkan ukhuwah,kita juga dpt darjat yg bergnda dari solat seorng diri..27 darjat yg kita dpt berbanding solat seorang diri.Di samping itu,kita dapat mendidik penduduk setempat utk mematuhi pemimpin yg bertindak sbg imam.Apa yg imam lakukan sperti sujud,kita juga mesti sujud bersma2..pendek kata,apa sahaja prbuatan imam di dlam solat kita hendaklah lakukan mengikutnya.Selain itu,kita dapat melahirkan imam @ pemimpin yg bukan sahaja brwibawa,malah beriman dan bertaqwa utk dicontohi oleh para pengikut.

Satu pendustaan yg besar bila kerajaan Malaysia seringkali melaungkan slogan perpaduan dan kasih sayang @ yg terbaru ini slogan "SATU MALAYSIA" sering diguna dan diuar-uarkan tetapi hakikatnya @ realitinya dlm kehidupan seharian,jarang sekali kita mendirikan solat berjemaah .Malah lebih sedih bila ada setengahnya x pernah langsung.Padahal,tahu yang solat jemaah ni penting dan banyak faedahnya.

Rasulullah pun dlm hadithnya amat marah kepada golonganyg tidak mahu mendirikan solat berjemaah hingga berazam utk membakar rumah2 mereka.Dan drpd Abu Huarairah katanya,Rasulullah bersabda:'Solat yg paling berat dilakukan bgi org2 munafik ialah solat isyak dan solat subuh.Kalau lah mereka mengetahui akan pahala pada kedua2 solat itu,tentu mereka akan datang utk berjemaah walaupon dengan merangkak' (mutaffaq a'laih)

Hadith lain,dari ibnu A'bbas r.a drp Nabi s.a.w sabdanya:'Sesiapa yg mendengar azan,kemudian,dia x dtg utk berjemaah maka tiada solat bginya(x mendapat kesempurnaan solat)kecuali kalau keuzuran..

Ilmu ini juga sebenarnya peringatan utk diri sendiri yg selalu terleka..Diri ini pun bukanlah baik,tetapi harapnya kita dapat lah berubah ke arah yg lebih baik.Tambah pula di dlm bulan yg penuh barakah ini,insyallah..Kalau kat rumah,kita rasa susah je nak pergi masjid @ surau ,tambah2 perempuan tidak di galakkan kerna takut menimbulkan fitnah.Jadi kalau dekat kolej tempat blajar,apa salahnya melangkah kaki menuju surau yg x jauh mana pun utk solat berjemaah.Kalau pun x 5 waktu,pergilah wlaapon satu waktu.. sekurng2nya kita buat.Saya pun mcm tue,bukan setiap lima waktu berjemaah disebabkan ada halangan sperti ada kelas dan sebagainya..Tapi kita cuba utk mengikut syariat islam ..apa yg digariskan dlm agama kita..
~Kekuatan umat islam akan hadir melalui solat berjemaah..Org kafir pun berasa gentar dan takut kalau kita bersatu padu melalui soalt jemaah...

Wallahua'alam....

Khamis, 26 Ogos 2010

Malam Penghayatan Ramadhan...

Dah lama rasanya x menulis di blog ini...sejak awal ramadhan lalu sehingga lah ramadhan yg ke 17 hari ini.Dek kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa menguruskan program Majlis Penghayatan Ramadhan.Alhmdulillah, semuanya telah berakhir dgn jayanya..Dengan kerjasama penuh yg ditunjukkan oleh setiap ajk2 terutama sekali ajk2 senior.Memang buat kerja sungguh2...Kalau tgok yg junior,mereka seperti baru hendak mencari pengalaman.Masih baru dlm kelab,mungkin agak kekok lagi utk membuat kerja..Tapi ada adik muslimat sorng ni,dia bgtaw,dia sebenarnya sudah x berminat lagi..Xpalah,kalu itu yg dia mahukan.Apa boleh buat kalu hati sudah x rela.Xkan la kita nak paksa2 dia..Kita buat kerja ni mestilah dengan hati yg ikhlas dan tulus dan mengharapkan keberkatan dariNya..barulah kerja yg dibuat tue nmpk hasil yg bagus.Sangat bertrima kasih kepada setiap Eksekutif yg menjayakannya..Eksekutif protokol,teknikal,publisiti,tugas2 khas,cenderahati,makanan dan peralatan.Kita semua memang terbaik ! Xlupa pada rahim(pido)merangkap mtm kerohanian sbg pemantau kami.Bukan setakat pemantau tpi sbenarnya dia buat kerja lebih dari kami.Jijah pun sama (setiausaha) yg byk buat kerja..dan kebanyakkan yg buat kerja xkisah pun smada kerja itu bhagian diorng @ x..itu lah semangat yg kita cari..buat kerja bersama2.Begitu juga kepada kak ros yg bnyk memberi tunjuk ajar dan nasihat... ~TENAGA2 KERJA YG BERTUNGKUS LUMUS MERANGKAP AJK-AJK YANG TERLIBAT DLM MPR~
-IKHwan FOReVER-

~LOGO KELAB AL-IKHWAN


Mari tinjau persediaan yg kami dah lakukan oleh IKhwan~

1-Membuat meeting yg sebanyak 3 kali bersama2 kak Ros,membincangkan persiapan dan tugas2 setiap eksekutif.
2-Membuat servey kepada setiap warga muslim k5 utk hadir @ x ke majlis.Survey ni penting utk tahu berapa jumlah makanan yg perlu disediakan .
3-EKSEKUTIF PROTOKOL-Membuat running order,ucapan teks MC,buat tentatif program.
4-EKSEKUTIF PERALATAN-Meminta peralatan dari pejabat utk kegunaan eksekutif lain.
5-EKSEKUTIF TUGAS2 KHAS-planning utk hias pentas dan lain2
6-EKSEKUTIF CENDERAHATI-Memikirkan hadiah yg akan diberikan kepada VIP,para tetamu,penceramah dan ustaz serta pemenang hadiah teka silangkata.Sijil utk peserta tadarus dan khatam quran.
7-EKSEKUTIF PUBLISITI-Membuat poster MPR dan notis.
8-EKSEKUTIF MAKANAN-Merancang menu makanan utk vip dan pelajar.
9-EKSEKUTIF TEKNIKAL-Pastikan klancaran pada majlis dari sudut bunyi dan lain2(mikrofon)


Tema:"Mencari Nur Ramadhan"


~Persiapan membuat replika Al-quran~


~Persiapan bunga telur~


Terima kasih juga kepada semua tetamu yg hadir..Byk respon positif yg diterima dari mereka dan rasa sangat berbaloi dengan apa yg dah kami lakukan.Antaranya ialah pengurusan makanan tahun ini bagus,xlagi berebut2 mcm tahun lepas dan yg paling penting makanan cukup utk para tetamu yg hadir.Kemudian,ramai yg minx slot cremah di pnjangkan waktunya kerana terlalu singkat.Satu respon yg bgus juga sbb nampak mereka nakkan ilmu tue.. =)

Tentatif program:
Majlis bermula pada pukul 6.00 petang,iaitu sesi slot ceramah oleh ustaz Brother Lim,mualaf..then,kami berbuka puasa bersama2 dan solat maghrib,isyak dan tarawikh berjemaah.Setelah itu,ada majllis khatam al-quran oleh muslimin.Dan penyampaian hadiah kepada pemenang teka silangkata.

With aini and junior;sa'dah dan wahidah

~EKsekutif cenderahati~

Saya sebagai ketua eksekutif cenderahati merangkap 'stage manager' memang satu tugas yg agak berat dan alhamdulillah,dpt juga buat yg terbaik.Yang bestnya dapat ilmu dan pengalaman baru..pengalaman menggunakan walkie talkie dan juga meng'handle' majlis..Pengalaman ini amat bernilai..tidak terbayar dgn wang ringgit dan pengalaman jualah yg menjadi guru kita..Belajar dari kesilapan..=)Sangat best walaupon badan penat setelah beberapa hari tidur lambat utk pastikan majlis ini baik dan berjalan lancar.Kemudian,berlaku juga sedikit kelam kabut di belakang stage kerana pertukaran planning yg kami rancang dek arahan ketua tertinggi,pengetua kolej kami.Namun,semua itu dapat di atasi dengan baik.


Majlis telah pun berakhir sejam awal dari tentatif program iaitu pada pukul 10.30 malam.Alhamdulillah,saat itu rasa lega yg teramat sangat...=)
Kami mengemas dewan dan x disangka2 ada kerja tmbahan yg xdak dlm tentatif program kena buat.Air yg dlm bilik dekorasi dewan bocor@ terbuka,xpasti..yg pastinya air melimpah keluar smpai kolej giat.Terpaksa lah muslimin mengangkat keluar balik karpet yg dah disimpan sbb dah basah kena air.Angkat meja2 semua letak dekat luar.Lantai dah penuh dengan air yg keluar dari bilik deko..Oh!Allah nk uji..nak bagi pahala lebih rasanya..Tepaksa ceduk air yg keluar dan buh dlm baldi.Madihah,yg x terlibat pun turut serta buat kerja..Bagus betul la classmetku ini..memang dari majlis ni,banyak sifat2 dan nilai2 murni yg dpt dilihat.Thank ya allah atas segalanya..Berharap,majlis pada tahun depan akan lebih baik lagi,insyaallah...

Isnin, 9 Ogos 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Karim!!

Oh,Ramdhan!Kedatangan mu dinanti..pemergianmu ditangisi..
Ini lah bulan yg allah janjikan pada kita semua gnjaran pahala yg berlipat kali ganda..Justeru..ayuh!rebutlah peluang ini.Jadikan bulan ini medium untuk kita menjadi yg lebih baik..pembentuk peribadi kita.Harus beringat,mungkin ramadhan ini yg terakhir buat kita.
Lakukan amalan sebanayak yg mungkin..Amalan2 seperti Baca al-quran,zikir,solat sunat harus lah dilipatgndakan.
Hari ini bersamaan satu ramadhan,ada test biodiversity microorganism and plant..

Sabtu, 7 Ogos 2010

:(

Ya allah,ya tuhan..saat ini aku hnya perlukan mu untuk memberi kekuatan pada aku...aku lemah sgt,ya allah..aku bukan jenis yg strong.:(
Saat ini,hnya Engkau yg mengerti diri ini..Engkau saja yg mengetahui apa yg ada dlm hatiku,Engkau saja yg memahami aku lebih dari segalanya kerana Engkau penciptaku..Engkau tahu luar dan dalamku.Saat ini,makhluk seperti ku yg bernama manusia x layak untuk memberi kekuatan dan semangat padaku.malah lebih menyakitkan. :(
Manusia susah untuk mengerti..kerna mungkin mereka belum merasainya..Aku sering mencari seseorang untuk meluahkan,tapi yang aku dapat ialah sebaliknya ..kedukaan..

Minggu ini,berbagai2 perasaan yg aku rasa..lemah,letih,penat,sedih,terluka,tertekan,gembira dan byk lagi..Banyak nya perasaan yg Kau berikan untukku rasa ujianMu ini..Jika diberi pilihan untukku,gembira lah yg aku pilih..namun,ujian yg Kau berikan ini(sedih,tertekan dan lain2),aku terima dengan redha.Siapa lah aku untuk menghalang semua ini daripada berlaku.Aku hnya hmbaMu yang lemah..:(

Tatkala aku di uji dgn lambakan kerja,aku jua di uji dengan demam,sakit tekak dan selsema..serta aku diuji dengan sahabat2 serta adik beradikku..Besar sungguh ujianMu,tuhan.
Memikirkan kerja yg banyak,membuatkan diri rasa sangat tertekan.Minggu depan ada test biodiversity microorganism and plant,dan baru baca sikit.Pastu,ada presentation minggu depan juga untuk subjek DR.Umi,Structure and function of plant.Lagi,kena buat 4 report biology yg semuanya kena submit minggu depan..Di tambah lagi untuk pengurusan Majlis Penghayatan Ramadhan yg akan diadakan pada 27 Ogos ini sempena bulan ramadhan al-mubarak..Insyaallah,umat islam yg berada di Malyasia akan berpuasa pada 11 Ogos 2010..Tak sabar rasanya nk menyambut bulan mulia ini kerana di dalamnya terdapat byk fadhilat dan kelebihannya..Berbalik pada kerja tadi,dlm pengurusan MPR,terlibat dlm mengurus kan hadiah dan cenderahati untuk Vip,pemenang,cabutan bertuah,org khatam quran dan org yg tadarus al-quran.Kena fikir apa yg nak diberikan hadiah ,kena gi pejabat untuk minx peralatan..Mlaam ni ada cat banner untuk menyambut ramadhan...Banyak benda yg perlu difikirkan dalam satu masa.Bukannya mengeluh nak buat kerja islam dan beribadah(belajar),tapi aku hnya manusia biasa..xmampu untuk lakukan semua ni dlam satu masa.Aku rasa sangat2 terbeban saat ini.Jarang sekali aku rasa stress..Tapi kali ni,memg betul2 aku rasa ini ialah ujian dari ALLAH yg ingin menguji iman dan tahap kesabaran Hmbanya..Lagipun,allah ada berfirman dlm al-quran:Tidak dikira beriman seseorng itu selagi dia belum diuji..Jadi,sekarang ini,allah sedang mengujiku..Ya allah,permudahkan lah urusanku ..Sesungguhnya,Engkaulah pemudah cara bagi kami dan tempat kami memohon pertolongan..:(

Aku berdoa ya tuhan,moga Engkau kuatkan hati hmbaMu ini dan moga di sebalik ujianMu yg pahit harus ku lalui ini,ada manis di penghujungnya...Amin.....Mungkin,Engkau mengujiku kerana aku lalai dan lupa mengingatiMu..dengan ujian begini,aku lebih mengingatiMu dan bermuhasabah diri..Insyaallah.

Ahad, 1 Ogos 2010

Ku pinta pada Mu....



Pintaku hanya padaMu ya ALLAH..tuhan sekalian alam.


Ya ALLAH Ya tuhanku,tuhan yg MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PEMAAF..Kau ampunilah segala dosa-dosa kami samada kami sedar@ tidak.Dari sebesar2 dosa yg telah kami lakukan hingga lah sekecil-kecilnya.Ampunkanlah kami di kala aku lalai mengingatiMu.Ampunkanlah dosaku terhadap ibubapa kami,guru-guru kami,adik-beradik kami,saudara mara kami dan sahabat-sahabat kami ini.Ya ALLAH,terimalah taubat kami ini..Sesungguhnya,kami insan yg lemah lagi hina.Manusia biasa yg sentiasa melakukan kesalahan.

Ya ALLAH,Kau ampunkan lah dosa kedua ibubapa kami yg telah melahirkan kami dan membesarkan kami.Ampunkanlah dosa2 guru-guru kami,saudara-mara kami,adik-beradik kami,sahabat-sahabat kami serta seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian samada yg masih hidup@telah meninggal dunia.

Ya ALLAH,selamatkan lah rakyat palestin dari tentera zionis.Jika KAU takdirkan mereka mati,matikanlah mereka dalam keadaan syahid dan tempatkan lah mereka di syurgaMu.

Ya ALLAH,panjangkanlah umur kami,sihatkanlah tubuh badan kami,lindungilah kami dari penyakit yg merbahaya,jauhkanlah kami dari malapetakaMu,jauhkanlah kami dari seksa kubur dan azab api nerakaMu.

Ya ALLAH,mudahkanlah kami menghadapi sakratul maut.Lapangkan lah kubur kami..Terangilah kubur kami dan moga2 mati kami dlm keadaan HUSNUL KHATIMAH..

Ya ALLAH,berikanlah keredhaan dan keberkatan di dlm kehidupan kami dunia dan akhirat.Kurniakan lah Hidayah yg berpanjangan setiap masa kepada kami.Jangan lah KAU palingkan kami dari AqidahMu.Jauhkanlah kami dari menyekutukanMu serta kuatkan lah iman kami terhadapMu.Terimalah ibadat kami,solat kami,amal kami.Jauhakan lah kami dari sifat mazmumah dan dekatkanlah kami dengan sifat mahmudah.Jauhkanlah kami dari sifat riak,takbur ,sombong dan kedekut.

Ya ALLAH,Masukkanlah kami kedalam syurga Mu.Jadikanlah kami penghuni syurga FirdausiMu.Jadikanlah kami insan yg terpilih untuk melihatMu,tuhan sekalian alam.Nikmat yg paling besar setelah nikmat iman dan islam.
Ya ALLAH,jauhkan lah kami dari kucar kacir pada hari akhirat nanti.Kami mengharapkan syafaatMu dan kekasihMu,Nabi Muhammad s.aw ..Mudahkanlah kami meniti titian sirat.

Ya ALLAH,janganlah KAU biarkan hidup kami di tentukan oleh kami sendiri..Jangan lah KAU bebankan kami dengan bebanan yg x sanggup di pikul oleh kami.

Ya ALLAH,berilah kebahagiaan kepada kami dunia dan akhirat.Murahkanlah rezeki kepada kami dari segi pekerjaan,makanan,minuman,tempat tinggal dan kejayaan di dalam pelajaran.Mudahkanlah hati kami untuk menerima pelajaran yg di ajar kan oleh pensyarah kami,mudahkan lah untuk kami mengingati apa yg diajar dan mudahkan lah untuk kami memahami sedikit ilmu dari mu ini,Ya ALLAH.Moga2,apa yg ku pelajari ini menambahkan keimanan ku kepada Mu..

Ya ALLAH,kurniakanlah kami seorang laki yg soleh..yg taat pada perintahMu.Yg mencintaiku kerana cintaku padaMu.Yg menyayangi aku dan sentiasa menjadi idolaku serta sentiasa membimbing aku menuju kebahagiaan dunia dan akhirat..menuju syurgaMu bersama-sama.Kurniakan lah kepadaku anak-anak yg soleh dan solehah.Aku ingin membina baitulmuslim yg indah.:)

Ya ALLAH,aku bersyukur di atas nikmat yg KAU berikan padaku.Tidak terhitung nikmat yg KAU berikan pada kami semua.Syukur,alhamdulillah.

Ya ALLAH,makbulkan lah doa kami ini..Sesungguhnya hanya padaMu kami sembah dan memohon pertolongan..Amin YA RABBAL A'LAMIN...


S0HAbati....

~LOVE MY FRIENDS~


Assalammualaikum..
SahabatKU,
Indahnya jika kita bersahabat hanya kerana allah..kerana ciri2 org mempunyai 'Hilawatul iman' ialah orng yg mencintai sahabatnya melebihi dirinya sendiri kerana ALLAH s.w.t.Itu lah sebaik2 sahabat.Tetapi,skg ini susah untuk mencari sahabat yg betul2 memahami kita..susahnya nak cari kawan yg apabila kita sedih,dia juga turut berduka..tetapi sahabat hnya ramai dikala kita gembira kan.
Bagi saya,sahabat boleh di kategorikan kepada 4:
Pertama:Sahabat yg apabila kita melihatnya,kita akan teringatkan allah..tutur bicaranya indah dan sopan serta penuh hikmah..sentiasa mengajak ke arah kebaikan..

Kedua:Sahabat yg hanya berkawan dgn kita apabila perlu sahaja..Sahabat yg pentingkan diri sendiri

Ketiga:Sahabat yg tikam dari belakang dan bertalam dua muka.

Keempat:Sahabat yg versatile.Kadang2 mengajak arah kebaikan,kekadang sebaliknya.

There are variation of sahabat di dalam hidup kita.Kepelbagaian jenis sahabat ini lah yg boleh membuatkan kita lebih matang untuk berfikir dan kita tahu,setiap org di dunia ini tidak perfect.Dialah sahabat yg allah temukan untuk kita.Jadi,bagaimana sekalipun fe'el sahabat kita,janganlah kita lupa untuk menghargainya.Walau sejahat manapun dia,pasti ada sekelumit kebaikan dia pada kita..Jadi,lihatlah pada kebaikannya.. sama2 lah kita improve diri supaya menjadi golongan sahabat dlm kategori pertama,insyaallah.