SALAM UKHUWAH

Ahad, 18 Julai 2010

MAti itu pASti............



* Setiap insan akan menemui ajalnya masing-masing, bila, dimana, bagaimana keadaannya. Semua itu telah termaktub disisi Allah swt.

* Hari ini kita masih lagi dikurniakan oleh Allah swt untuk merasa saki baki hidup ini, masih dapat lagi menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang angkasa.

* Menikmati pelbagai nikmat serta makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan.

* Seterusnya kita dapat mengenali siapa Pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya.

* Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita selepas nikmat Iman & Islam. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-Nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.

* Justeru itu, janganlah kita leka & lalai dengan segala nikmat yang yang telah dikurniakan. Dunia ini hanya bersifat sementara sahaja, yang kekal adalah diakhirat sana. Persiapkanlah bekalan untuk kesana.... Firman Allah swt :

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 7)

Sabda Nabi saw : Perbandingan dunia dengan akhirat seperti seorang yang mencelupkan jari tangannya ke dalam laut lalu diangkatnya dan dilihatnya apa yang diperolehnya. (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

* Oleh itu janganlah kita menganggap kehidupan berakhir dengan kematian di dunia sahaja, bahkan di akhirat nantilah kehidupan yang kekal selama-lamanya. Firman Allah swt :

"Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (An-Nisaa' 77)

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya), Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah 7,8)

* Kita semua akan dibangkitkan, dihimpun beramai-ramai bermula dari Nabi Adam as, dibicara di mahkamah Allah swt, akan disoal setiap perbuatan yang dilakukan, di hitung amal masing-masing, setiap orang akan meniti titian sirat, dan akhirnya ditentukan syurga atau neraka. Firman Allah swt :

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaa Siin 65)

* Kita semua akan merasai mati. Firman Allah swt :

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (A-li 'Imraan 185)

* Permainan & perhiasan Semata-mata.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid 20)

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Al-Kahf 46)

* Orang yang tidak mempedulikan urusan Akhirat.

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan. (Hud 15,16)

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami. Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan. (Yunus 7,8)

* Datangnya kematian walau dalam keadaan sekali manapun.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (An-Nisaa' 78)

* Kita tidat dapat menghindarinya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan". (Al-Jumu'ah 8)

* Kematian telah ditetapkan tempatnya.

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. (Luqman 34)

* Telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat.

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Al-Munafiquun 11)

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A'raaf 34)

* Akhirnya, marilah sama-sama kita menilai diri masing-masing, adakah kita semua sudah melaksanakan tuntutan Agama dalam kehidupan seharian. Menjaga segala batas-batasnya, halal-haram, aurat dan semua yang berkaitan. Kalau diri sudah terjaga, lihat pula pada keluarga, sanak-saudara & masyarakat amnya. Firman Allah swt :

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan. (At-Taubah 71)

* Islam bukan agama yang sempit, zalim dan sebagainya. Bahkan islam datang untuk membawa rahmat bagi sekalian manusia. Yang mencorakkan kehidupan dengan nilai-nilai yang murni, berbeza dengan kehidupan barat yang tiada halal dan haram dalam kehidupan mereka, hanyalah sekadar mencari dunia semata-mata.

*Justeru itu, marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita, keluarga dan masyarakat dari terhanyut dengan segala permainan dunia ini. Mudah-mudahan menjadikan kita hamba yang lebih bersemangat dalam beribadah kepadaNya, bukan yang berputus asa dengan rahmatNya. Firman Allah swt :

Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 53)

* Insya Allah, mudah-mudahan kita tergolong dikalangan dari hamba-hambanya yang istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan Allah swt. Selalulah berdoa kepadaNya agar sentiasa diberi kekuatan taufiq dan hidayah dalam menghadapi ujian yang semakin hari semakin mencabar ini.

Sabda Nabi saw : Janganlah seorang di antara kamu mengharapkan kematian karena musibah yang menimpanya dan apabila dia memang harus mengharapkan, sebaiknya dia berkata: Ya Allah! Hidupkanlah aku selama kehidupan itu yang terbaik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik bagiku. (Shahih Muslim No.4840)

* Mintalah padaNya :

Tetapkanlah hati-hati kami di atas Agamamu Ya Allah...

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al- Faatihah 6,7)

* Nabi saw mengingatkan supaya kita berlindung dari empat perkara dan disuruh membacanya setiap kali selepas tahiyyat akhir.

أللهم إنا نعوذبك من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر المسيح الدجال

Sabda nabi saw :

إذا فرغ أحدكم من التشهد فليتعوذ بالله من أربع. من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر المسيح الدجال

Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir maka berlindunglah kamu dari empat perkara. Daripada azab api neraka, azab siksaan kubur, segala fitnah kehidupan dan kematian dan kejahatan fitnah dajjal. (Hr Bukhari Muslim)

اللهم إنا نسألك زيادة في الدين، وبركة في العمر، وصحة في الجسد، وسعة في الرزق، وتوبة قبل الموت، وشهادة عند الموت، ومغفرة بعد الموت، وعفوا عند الحساب، وأمانا من العذاب، ونصيبا من الجنة، وارزقنا النظر إلى وجهك الكريم، اللهم ارحم موتانا وموتى المسلمين واشفي مرضانا ومرضى المسلمين، اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات، اللهم ارزقني قبل الموت توبة وعند الموت شهادة وبعد الموت جنة، اللهم ارزقني حسن الخاتمة، اللهم ارزقني الموت وأنا ساجد لك يا ارحم الراحمين، اللهم ثبتني عند سؤال الملكين، اللهم اجعل قبري روضة من رياض الجنة ولا تجعله حفرة من حفر النار، اللهم إني أعوذ بك من فتن الدنيا، اللهم أني أعوذ بك من فتن الدنيا، اللهم أني أعوذ بك من فتن الدنيا، اللهم قوي إيماننا ووحد كلمتنا وانصرنا على أعدائك أعداء الدين، اللهم شتت شملهم واجعل الدائرة عليهم، اللهم انصر إخواننا المسلمين في كل مكان، اللهم ارحم أبائنا وأمهاتنا واغفر لهما وتجاوز عن سيئاتهما وأدخلهم فسيح جناتك، اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك، سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضى نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته، وبارك اللهم على سيدنا محمد صلى الله عليه و على اله وسلم

Jumaat, 16 Julai 2010

Semester ke-3 telah bermula..

Alhamdulillah..saya rasa sgt bersyukur diberi kesempatan waktu utk menulis di ruangan ini.alhmdulillah,skg dah pon bermula kembali sesi pengajian diserata universiti di Malaysia termasuklah UPM yg telah pon bercuti hampir 3 bulan..lama tue.otak pun dah beku.hee.
Semester nie,lagi berat tugasan kerana ada 4 subjek biology yg diambil.(biodiversiti haiwan,Struktur dan fungsitumbuhan,microbilogy dan tumbuhan dan ekologi)+satu lagi subjek yg paling lemah sejak dulu iaitu bhasa inggeris(general writing).
Assignment pun dah ada utk minggu pertama nie.amali biodiversiti haiwan.Rasa dengan azam yg baru ni,teringin utk berubah ke arah yg lebih baik.Teringin nak study mcm zaman matrik dulu..sentiasa fokus dan update ilmu dlm diri.xmcm dekat universiti skg,tersgtlah leka dengan masa walaupon allah ada brfirman dlm al-quran..
'DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU SELALU DLM KERUGIAN.KECUALI ORNG2 MENASIHATI KE ARAH KEBAIKAN DAN KEBENARAN'..(Sural Al-Asr)
Semalam,15 julai 2010 kelab ikhwan k5 ada buka booth dekat dewan harmoni sempena MJH(mAjlis jalinan harmoni) as known as pendaftaran kelab bagi student baru..saya n ajk2lain bertungkus lumus siapkan booth kami.ala,wat sekadar yg termampu je lah.Malam tu,kami perkenalkan link kami iaitu "ikhwan's brotherhood" dan baju kelab kami..Ada ramai la jgk yg datang ke booth kami dlm 50 orng.Aktiviti kelab kami yang paling besar ialah sempena bulan ramadhan yg akan dtg ni,iaitu MPR(Majlis penghayatan ramadhan).Insyaallah akan ada mcm2 aktiviti.Contohnya yg selalu kami wat ialah of course TADARUS AL-QURAN.Pastu,tahun nie ,cadang nk wat pertandingan khat dan pertandingan silangkata.Semua aktiviti tu,sebelum majlis la.Yg masa majlis nti,insyaallah ada tayangan video.then,berbuka puasa ramai2 di kolejgiat k5.ada ceramah agama sikit sebelum isyak n solat tarawikh berjemaah.sblm solat trawikh,ada cabutan bertuah dan penyampaian hadiah pada para pemenang..itulah cadangan kami utk tahun nie.harap2 menjadi n dpt di atur dengan jayanya.Sbenarnya,mcm2 lgi aktiviti yg nk wat tp tu lah..skg nie pun xwatpe gi meeting sterusnya pasal MPR.Hari tue sekali jer bincng masa akhir sem tahun lepas..time c.wan pun masih ada gi kat k5.
THank allah kerna memberiku peluang utk melakukan amal dlm agamaMu walaupun pada tahap peringkat kolej jer.Actually,i really2 miss PMI UPM.Lama dah x dengar pape program pas balik cuti ri tue until now.PMI UPM lah yg byk merubah saya menjadi yg lebih baik.Bukan persatuan itu,tp penggerak persatuan itu yg byk merubah saya.Saya rindu akan kakak2 yg berhemah dan sopan santun.I miss mai Naqibah,kak Izah..Beliau jgk byk merubah diriku..sering mengajak saya n rakan2 pergi ke program2 n kem.Kak izah seorng yg sgt baik.Xpernah nak marah @ melatah dengan perangai anak usrahnye nie.Teman saya gi hospital ri tue..Thank you allah kerana menemukan kami.Persahabatan yg terjalin ini adalah kerana allah...:)

Selasa, 13 Julai 2010

KELEBIHAN SOLAT DI AWAL WAKTU...

artikel ini di ambil dari blog guru saya...
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinyadan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusny a memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpanrahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya!

FADHILAT MEMBACA MATHURAT....

Kami membentangkan kepada anda hadis-hadis dari sumbernya yang asal untuk memudahkan anda menghayatinya dan mengetahui kelebihannya sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Selasa, 6 Julai 2010

Kenali sifat2 yang Allah berikan pada seseorang yang lahir pada Bulan 10(OKTOBER)dan SYAWAL

Assalammualaikum.Syukur pada ALLAH kerna masih memberi kesempatan untuk kita terus hidup di dunia ini dan masih memberi ruang waktu kepadaku untuk terus menaip dipapan kekunci ini.

Sifat2 yg allah beri pada saya pada bulan 10..KitA tahu,setiap apa yg allah ciptakan ada 1001 rahsia yg boleh dirungkai kan..begitu juga bulan kelahiran seseorang.subhanallah!!allah itu MahA HEBAT kan??Dr.Fadhilah Khamsah,pakar motivasi tlah membuat kajian ttg itu dan 50% ke ats adalah benar ape yg di kajinya tntg bln rahsia@sifat2 bulan lahir seseorng.

Dalam bulan islam(SYAWAL)

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.


Dalam Bulan Oktober

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat.


Renungi kata2 nie :
Aku meminta kpd tuhan setangkai bunga segar,
Ia berikan kaktus berduri..
Aku minta kupu2,diberikanNya ulat berbulu..
Aku sedih dan kecewa..
namun,kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan
ulat itu pun menjadi kupu2 yang sgt cantik..
Itu lah jalan Tuhan..Indah pada masanya..
Tuhan x memberiapa yg kita harapkan ,tapi...
Dia berikan apa yg kita perlukan.Kadangkala..
kita rasa sedih dan kecewa serta terluka.Tapi..
jauh di atas segalanya,
Dia sedang mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita....:)

Sekian coretan saya buat kalian mengenali diri ini....assalammualaikum...

Ahad, 4 Julai 2010

kETerujAAN mEMbUat BloG AKhIRNya TerLksANa

Assalammualaikum.
Saya mulakan catatan pertama di blog saya yang masih baru ini
dengan lafaz bismillahirahmanirrahim..rasa syukur yang tidak terkira kerana akhirnya niat saya untuk mewujudkan blog akhirnya terlaksana.alhamdulillah...Tujuan paling utama niat hati kena di perbetulkan..saya wat blog nie adalah kerana ALLAH S.W.T..Insyaallah,kalu kita wat sesuatu kerna allah adalah di kira sbgai ibadat dan mendapat gnjaran pahala.Saya harap dengan da nya blog nie,dapat lah saya berdakwah secara maya@memberi sedikit ilmu yg allah beri untuk dikongsikan bersama kepada sume.Saya akui,saya pun bukannya baik..makhluk yang lemah lagi hina,namun kita adalah makhluk sebaik2 ciptaan allah.Jadi,kita harus gunakan nikmat akal fikiran yg waras ini untuk merencana sesuatu yang lebih baik kepada ummah..insyaallah.Sebenarnya,memang dah lama hasrat saya ingin membuat blog.Alhamdulillah,akhirnya terlaksana jua.
My adress blog ialah Sepenggal kisah cinta.blogspot.com.Ilham nama tu ialah dari tajuk buku hasil karya Habiburrahman El Shirazy yang saya beli di koperasi UPM,bertajuk "Di atas sejadah cinta".
Byk lagi yg saya perlu belajar untuk buat blog nie.Bak kata pantun melayu...
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru blajar,
kalu salah tolong tunjukkan..
Say to me.........'ahlan wahsahlan' !!!!!!!!!!!!:) Assalammualaikum..peace no war.