SALAM UKHUWAH

Isnin, 4 April 2011

MUSIBAH..

Tarikh:30 Mac 2011
Hari:Rabu

Ayah terlibat dalam kemalangan jalan raya..
Berderau darah tatkala mendapat berita.Di tambah mendengar keadaan yang parah,berderai air mata..
Solat hajat dan bacaan yassin terus di lakukan setelah mendapat tahu berita dari kakak..
Mesej di forward pada sahabat2 mohon doa dari mereka..
Alhamdulillah,sahabat2 ramai yg memberi semangat dan mngembalikan kekuatan yang merudum dengan tiba2...Sahabat sentiasa disisi bertanya perkembangan ayah dan melakukan solat hajat.Seriously,Uhibukkum fillah abdan abada..Sgt sayangkan ukhuwah yg terbina ini...



Hari ke-2 ayah di CCU( CRITICAL CARE UNIT) Hospital Pantai(swasta),Pulau Pinang.
Alhamdulillah,berkat doa dari semua ayah dah semakin baik ..3 hari di CCU dan 3 hari di wad biasa..

Hari ke-3 di wad biasa..Sempat menjaga ayah seharian di hospital sebelum balik ke UPM semula.


Muhasabah diri:-
Ya..memang benar.Permulaan mendapat berita musibah ini,pastinya sedih dan berdukacita.Namun,perlu kembali kepada pemberi musibah ini iaitu tuhan yg berkuasa..MUSIBAH JUGA ADALAH NIKMAT BAGI ORANG2 YANG MENGIMANINYA YAKNI ALLAH.Harus diingat bahawa ALLAH telah menyebut di dalam AL-Quran,Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156.:

"Dan kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikan lah khabar gembira bagi orang2 yang bersabar.Iaitu orang2 yg apabila di timpa musibah,mereka berkata "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI'UN"
(Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNya lah kami kembali)
Ini lah cara orang2 yang beriman.Perlu betul2 yakin,tawakkal dan redha dengan apa sekalipun dugaan yang menimpa.Tidak mengeluh dengan musibah @ ujian yang di beri tetapi merasakan ia satu nikmat dan hadiah dari allah kerana dari sini lah (contoh:Kesakitan) sebagai kafarah dosa2 dan lebih mengingatiNYA.Jangan risau,pasti ada hikmah di sebalik kejadian..Maka,jadilah orang2 yg beersabar,yakin dengan ayatNya dan berserah hanya padaNYA kerana hanya DIA yang berkuasa..

Musibah ini benar2 membuatkan aku terfikir akan kekuasaan ALLAH yang mana setiap sesuatu itu (nyawa,harta,pangkat) bila2 masa sahaja ALLAH boleh mengambilnya kerana kita hanya meminjam..Pemilik kekal abadi adalah DIA..
Keselamatan kita di jalan raya mahupun di mana2 semuanya di dalam pemeliharaan ALLAH s.w.t..Kalau dia berkehendak supaya si fulan itu terlibat di dalam kemalangan itu terjadi,maka ia akan terjadi..Subhanallah!Kami semua di bawah kawalan dan kekuasaanMu..
Mudah-mudahan kami semua sentiasa menjadi orang2 yang di redhaiMu dunia akhirat..Ameen.

1 ulasan: