SALAM UKHUWAH

Isnin, 18 April 2011

BROGA HILL VS SG TEKALA

17 April 2011 (Ahad)

Kenangan manis memori terindah...
Alhamdulillah,kami telah menawan BROGA..=)



Pengalaman yang cukup indah untuk di kenang..Walaupun malamnya sibuk prepare sana sini (kereta,makanan,surat) dan tak tidur malam tetapi syukur sebab semuanya berjalan lancar..Malam sebelum bertolak,kami semua tidur di surau..Adik2 yang pergi semuanya begitu bersemangat sekali..Pukul 4.15 pagi dah siap dengan semua kelengkapan.Bagus2..bersemangat betul ..^^

Jumlah yang turut serta adalah seramai 34 orang..6 muslimin dan selebihnya adalah muslimat dari kolej 5,KTDI,KTP DAN KPZ.Kami berkonvoi dengan 5 kereta dan 3 motor..best2...pukul 5.30 pagi bertolak dari UPM..Pergerakan di mulakan selepas membaca doa naik kenderaan..Pesan dekat semua.Agak kelewatan sedikit kerana sebab2 tertentu..Jadi,kami sampai pun agak lambat..cadangnya,nak solat di masjid Semenyih dahulu tetapi tak sempat...Terus ke BROGA dan solat subuh di sana bersejadahkan surat khabar,ber air sembahyangkan air botol mineral dan berkiblatkan kata hati yang yakin..Time ni la nak applikasikan ilmu yang dah di pelajari bila x tahu arah kiblat dan sebagainya..

Masa kami sampai,dah ramai orang time tue..Disebabkan kelewatan,x sempat nak tgok sun rise( matahari terbit)..tapi xpelah,xkisah pun..Kami pun mendaki bukit dengan ketinggian 1.9 km..tinggi juga tue..sampai sekarang macam xsangka mendaki bukit yang tinggi tue...Sebenarnya,BROGA ni ada 4 puncak..Tetapi kebanyakkannya kami sampai di puncak ke-2 sahaja.Itu pun sudah memadai ..Muslimin dan sebahagian lagi muslimat adalah yang naik sampai puncak ke-4..Kami dah x larat time tue..berehat dan makan2 (bihun singapore dan roti telur) buatan sendiri..Sedap2..siapalah yang masak..:p
Nak naik ke puncak 1 sangat2 lah mencabar..Dengan licinnya,curamnya tetapi alhmadulillah,semuanya ok..tiada yang jatuh @ cedera.Subhanallah!cantik pemandangan yang ALLAH bentangkan untuk kita..Pemandangan yang dapat di lihat dari atas puncak sangat menakjubkan...ALLAH MAHA BESAR...!!

Kemudian,dalam pukul 10 pagi kami dah turun..Masa tu dah agak panas.matahari dah naik tinggi.Dalam kiraan ana,masa nak turun lagi susah dari nak naik...tapi tabik spring la dekat muslimin..Turun di jalan yang curam macam palesit..Laju betul..Yang muslimat ni penuh sopan santun,step by step..Terfikir..mcmna la muslimin boleh turun laju2..kami yang turun slow2 ni pun asyik nak jatuh dan tergelincir saja.Hmm,hairan2.

Selesai di BROGA,kami ke Sg.TEKALA pula selepas semuanya bersetuju nak ke sana..Dalam 15 km juga la dari BROGA.Disana,muslimat xbuat apa2 pun..Just main2 air ja ..Muslimin tunggu lagi..mandi sakan . Selepas itu,ada sedikit pengisian dari Syakirin kepada adik2 semua yang ikut serta..Ada yang tertidur masa pengisian mungkin sebab bangun awal pagi tadi..Yang bestnya,ada anak kera comel datang bertengek atas dahan dekat dengan kami..Dia pun nak dengar sama agaknya..comel2.

Kemudian,dalam pukul 12.30 tengahari kami bertolak pulang..dalam perjalanan pulang tue,ada juga la yang terpisah..2 kereta n motor yang ana bawa..Ana memang x tahu jalan.Nak gi masuk lorong mana pun xtahu ..Selepas tue,kami berhenti tepi jalan dan kol geng2 yang dah lepas jauh..laju betul driver2..ish2.Diorang tunggu kami dan jumpa balik..lega2..

Alhmadulillah,sampai di UPM dengan selamatnya pada pukul 1.30 petang..Dalam perjalanan selama sejam pergi dan balik dari BROGA tu sebenarnya,banyak yang allah pelihara dan lindungi..Apa2 sahaja boleh berlaku dalam masa sejam di jalan raya yang penuh dengan kereta dan lori itu..Syukran ya ALLAH kerana memelihara kami !! =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan