SALAM UKHUWAH

Khamis, 26 Mei 2011

Maahad Tarbiyah Al-Ansor,Kuala Selangor


Seminggu berkampung di Maahad Tarbiyah Al-Ansor dari 18/5/2011 hingga 24/5/2011 sangat bermakna dengan pengisian ilmu dan pengalaman.Suasana persekitaran indah nan permai yang sangat jauh dari hiruk pikuk kehidupan bandar amat menyenangkan.Walaupun maahad dalam keadaan serba kekurangan,namun pelajar2 nya kelihatan sentiasa gembira dan cukup makan.Berkat dari ilahi,rezeki itu ada (insyallah).

Perjalanan dari upm ke maahad selama 2 jam.
Hari pertama,di beri taklimat oleh mudir maahad iaitu ustaz rosazli yasin.Kemudian,di bawa melawat ke rumah ustaz/ustazah dan keliling maahad.

Banyak ilmu yang di pelajari,antaranya ialah berkaitan dengan tauhid,feqah,tafsir al-mulk,hadis,pengajian kitab al-hikam,pelita penuntut dan sirah ..Xlupa juga pengajian nasyid qasidah bersama2 dengan adik2 di surau..
Syukran jazilan kepada ustaz/ustazah yg memberi kan ruang untuk kami mengutip secebis ilmu di sini dan memberikan layanan yg baik untuk kami...Allah sahaja yg mampu membalasnya..=)
~Perkongsian ilmu pada masa akan datang,insyallah.Moga di beri kekuatan untuk menaip..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan