SALAM UKHUWAH

Sabtu, 20 November 2010

Minggu ini....


Pada hari raya haji lepas(17 November 2010),hanya beraya di UPM sahaja..tak dapat balik ke rumah kerana esoknya exam..Pada malam raya,kami beramai-ramai bertakbir raya memuji illahi di surau..Aku lihat,intan dan kak ti dah tumpah air mata..Esoknya,pukul 8 pagi kami bertolak ke Masjid UPM untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.,Masa kami tiba,suasana di masjid kelihatan agak padat dengan orang ramai.Selepas itu,kami bermaaf-maafan antara satu sama lain..Ada juga terjumpa sahabat dari matrik dahulu.Kesedihan sedikit sebanyak terubat apabila kakak -kakak yang ada kat sini buat jamuan raya untuk kami semua..Tidak lah terasa sangat kesedihan tak dapat beraya bersama family.....Memang tak dapat di nafikan..Kakak-kakak sangat rajin menyediakan juadah seperti nasi lemak,rendang ayam,kuah kacang,bubur custard,nasi impit dan lain-lain lagi...Syukur..pada hari itu,aku dimurahkan rezeki walaupon foodcourt tutup sebab hari raya.
~Pagi,jamuan raya dri kakak-kakak..
~Ptg,dah beli makanan di marrybrown, tetiba Fit ajak makan dekat bilik.
~Maghrib,Intan ajak pergi makan dekat rumah kawan ayah dia di Serdang.Akhirnya,kmi berdua dan Adel pekena nasi ngan laksa kelantan disana.Yang bestnya,seronok dapat kenal dengan "buk nana",isteri kepada kawan ayah intan yang berasal dari surabaya,jawa.
*Usah risau kerana rezeki dari allah ada dimana-mana tanpa kita sedari=)







Alhamdulillah...akhirnya hari ini telah pun berakhir peperiksaan dan bererti tamat lah sudah semester yang ke-3...Pukul 5-7 petang tadi ada exam microobiology plant biodiversity di kompleks akademik..Ramai yang menangis,kecewa dan tension selepas dah habis jawab..Ramai yang tak dapat jawab dengan baik termasuk lah aku..Soalan yang agak susah,namun aku xkan kalah dengan air mata..Aku sudah berusaha..Jadi,hanya doa dan tawakkal mampu diserahkan pada yang maha esa..AllAH iaitu Tuhan sekalian alam kerana setiap apa perkara hendaklah kita serahkan pada allah. DIA lah sebaik-baik penolong ..Yang penting kita dah berusaha..=)








Kelmarin,naqibahku,kak izah telah selamat betunang..Alhmadulillah..Aku sentiasa mendoakan seorang kakak yang aku kenal,yang sangat baik ini agar dipermudahkan urusan sehinggalah selamat ke alam perkahwinan..Ku yakin,tunangmu pasti adalah insan terpilih dan terbaik yang allah berikan untukmu...
Firman allah dalam surah an-Nur,ayat 26:
‘Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula’.




Moga terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Ameen..=)

Esok pula,ada kenduri kahwin pak ngah ku..Satu family hari ini tidur di rumah tok..Bestnya..tapi aku tak dapat pergi kerana aku ada tugas yang lebih berat dan penting di sini...




Tugas penting;KEM MUSLIM SUPER..bukan sesuatu yang mudah...Perlukan persediaan "MENTAL dan FIZIKAL"..Mudah-mudah di beri kekuatan seperti teman2 yang lain.Semuanya kerana ALLAH,Insyallah.. Ya allah,permudahkan lah urusan ku..Hilangkan lah debaran di hati ku..Berilah aku kekuatan luar biasa kepadaku agar lancar berkata-kata berdasarkan ilmu,menjadi pemikir yang hebat dan bertindak waras dalam perbuatanku. Ajarkan aku apa yang betul,tegurlah aku apa yang salah dan bantulah aku,hamba Mu yang da'if ini...Aku pencinta agamaMu..Sesungguhnya setiap apayang aku lakukan adalah keranaMu.Ya..hanya KeranaMu.Bukan orang lain.Moga 4 hari yang sangat2 bermakna buatku dan sahabat2 yang lain..Moga menjadi lebih tawadduk,muhasabah dan beriman...itu lah harapanku.Bukan sahaja memikul beban amanah tetapi pengisian rohani yang begitu mantap yang bisa merubah corak kehidupan ke arah lebih baik,insyaallah.

"Ya allah!Mudah kan urusan ku dunia dan akhirat!

2 ulasan:

  1. salam perkenalan,

    saya pljr UPM juga. bagaimna pngalamn kem muslim super tu, bez x? kongsikanlah...anjuran PMIUPM tu kan?

    sy bminat nak join tapi exam sy hbs awal...last paper 14hb...so dah blik kg, xbkesempatan la nak join :))

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan..:)

    Pengalaman di kem muslim super sangat best.Yang paling penting ia sgt mentarbiyaah diri...

    BalasPadam