SALAM UKHUWAH

Selasa, 2 November 2010

ALLAH MENOLONGKU..=)



Hari ini,aku sampai di UPM dengan selamatnya setelah 3 hari balik ke rumah..Sebenarnya,kalau ikutkan tak perlu pun aku balik memandangkan hanya 3 minggu je lagi nak cuti semester.Lagipun,3hari sahaja balik+perjalanan lama kuala lumpur ke kedah sangat tidak berbaloi.Namun,atas desakan perasaan dan emosi yang tidak stabil,aku balik jua..Kehidupan di UPM ini yang kurasakan sperti menyesakkan dada,hati dan fikiran..Semuanya keranamu,sahabatku...

ALLAH MENOLONGKU...
Ketika menunggu bas di depan kolej KMR,UPM untuk pulang ke rumah..aku ternampak Farah sedang berjalan ke arahku...Ada lah juga teman untuk aku berborak sementara menunggu bas datang..Katanya,dia nak keluar sekejap sebab nak perbaiki laptop..Kemudian,nampak pula roomatenya datang selepas tu berjalan ke arah kami...Kami pun bersembang sama-sama..Lama juga kami menunggu,bas tak kunjung tiba..Ada la dalam sejam lebih..penat menuggu...Akhirnya,tanpa diduga rakan kepada roomate Farah berhenti di hadapan kami menaiki kereta.
"Nak pi mana??Nak naik komuter ka??Jom2!Mai naik!"..
Kami pun,bagaikan pucuk dicita ulam mendatang,terus naik tanpa banyak bicara..
Kak tue tanya,"Semua nak pi naik komuter ka"??
Roomate Farah,"Kami dua(dia ngan farah) nak pi komuter,adik ni(aku) nak pi Bukit Jalil..
"Hah!elok la..akak pun nak pi Bukit Jalil juga...nak balik rumah..jom kita pi sekali la..Nanti akak tinggal kereta dekat rumah abg,lepas tu kita tunggu dia datang amik dan hantar dekat stesen bas ye.."
Dalam hati aku berbisik..Ya allah...ENGKAU memang memudahkan urusan ku..Aku tidak perlu bersusah payah naik bas dari upm ke pudu dan amik bas pula untuk ke stesen bus bukit jalil.. ALLLAH memang memudahkan aku pada hari tu..Di tambah pula,aku sedikit fobia dengan kawasan Pudu..Tragedi di mana,pada akhir sem lepas ketika stesen bas Pudu masih digunakan sebelum renovate..aku melihat di depan mataku sendiri seorang cina berlari kencang di hadapanku dengan sekumpulan lelaki mengejarnya dari belakang.Akhirnya,dia tertangkap dan terus di belasah teruk..Muka nya disepak2..Ya allah!bagaikan nak luruh jantung melihat kejadian ini didepan mata ditengah-tengah ibu kota..Aku seorang diri ketika itu merasakan ingin mempercepatkan langkah yang sudah tidak teratur kerana terlalu ngeri dengan kejadian itu..Sebab itu lah aku merasakan allah memudahkan aku apabila aku tidak perlu ke Pudu..Syukur...Aku sampai ke rumah dengan selamatnya..
ALLAH MENOLONGKU..
Aku ingin pulang kembali meneruskan perjuangan di bumi UPM setelah 3 hari di rumah kerana esok ada satu lagi kuliah sebelum final exam.Hari ini,aku terpaksa menghadapi "PUDU" untuk ambil bas ke UPM..Setelah sampaike Pudu,tanpa di paksa hati rasa berdebar-debar dan seperti tidak selamat berjalan seorang diri..Aku mempercepatkan langkah.Tak sabar nak dapatkan bas dan naik terus..Semasa nak melintas jalan,ada seorang lelaki di sebelahku yang ingin melintas jalan juga..Dia kemudian ke hadapanku..Disebabkan kereta yang tidak henti-henti,lama juga terpaksa menunggu.Lelaki tadi mengundur kan langkah ke belakang semula kerana kenderaan yang banyak tidak membolehkan melintas.Akhirnya,aku melintas dan dapatkan bas...Aku naik di atas bas dan menghelakan nafas lega..Aku tersentap seketika apabila melihat beg galas belakangku hampir terbuka habis zipnya tanpa aku sedari..Mana mungkin terbuka sebab aku yakin,aku zip beg ni tadi..Ya!Aku yakin!Tetiba aku teringat lelaki tadi...Ya!Aku yakin dia yang membuka zipku..Disebabkan beg ku dibelakang,dengan orang ramai dan bising,jadi aku tak dengar zipku dibuka...Masyallah!mengucap panjang juga aku ketika itu..Mana taknya,dompetku ada di dalam..Aku gelabah mencari dompet..
Alhamdulillah..Semuanya ada dan selamat.Nasib baik nota-nota kuliah yang aku bawa balik tidak terburai di tengah jalan..Aku rasakan,ALLAH telah menolongku..Dompetku masih selamat di dalam...Mujur aku sorokkan sedikit dompet di celah-celah nota..Kalau tidak kerana dalam jagaanNYA,pasti dompet aku telah di ambil kerana kalau nak lihat beg aku yang memang terbuka luas,senang sahaja untuk dia kebas..Dia atas bas,aku memikirkan..jika dompetku hilang mana mungkin aku dapat kembali.Muka dia juga aku dah tak ingat .Semestinya segala kad bank,kad pengenalan dan duit akan lenyap..
Itulah..kerana kuasa tuhan mengatasi segalanya..Aku sangat bersyukur pada hari ini..Mungkin inilah kurniaan allah kepadaku dia atas ujian yg dia berikan padaku...Hatiku menjadi lega setelah pulang ke rumah.Segala masalah bagaikan hilang begitu sahaja..ALLAH!rahmat mu meluas....nikmat mu tidak terbilang..
~Kini aku sedar..jika kita sentiasa mengingati allah dan selalu berdoa padanya agar di beri pelindungan..Allah jua pasti akan mengingati dan menolong kita..Allah tahu isi hati kita walaupun kita hanya bermonolog dalaman sahaja..Syukur tuhan!Syukur ku x terucap dengan kata-kata...=)


1 ulasan:

  1. salam,

    saudari tgl kolj mn yea? sy pn UPM jg...
    smoga bjaya dlm final kali ini :))

    may Allah bless u..

    BalasPadam