SALAM UKHUWAH

Ahad, 19 September 2010

~Lebaran 2010~

Genap sebulan berpuasa,Alhamdulillah..akhirnya umat islam telah pun merayakan hari raya aIDILFITRI pada hari jumaat,10 september 2010 bersamaan dgn 1 syawal 1431 hijrah.
Awal pagi 1 syawal,usai mandi sunat aidilfitri,kami bersiap2 ke masjid Serdang untuk menunaikan solat sunat aidilfitri pada pkol 8.30 pagi.Ayah pergi dulu naik motor dgn jiran sebelah,cik lid manakala aku ngan kak naik motor satu lagi..Adik laki dan mak x pergi.Setelah sampai,kedengaran di corong pembesar suara masjid dengan alunan takbir raya ..Sebenarnya,kami agak kelewatan ke masjid dek kekalutan di rumah.Tapi,masih ada lagi yg berjalan menuju ke masjid bersama2 kami.Sangat ramai jemaah yg datang sampaikan kami terpaksa duduk di atas tikar yg dah di hampar dan solat di luar masjid(di perkarangan masjid).Bukan sahaja jemaah muslimah,tetapi juga jemaah muslimin turut melimpah ruah ..kanak2 x kurang ramainya selain golongan remaja,dewasa dan orang tua.
Sebelum memulakan solat sunat aidilfitri,ustaz yg meng”handle” majlis memberikan sedikit tazkirah ringkas yg bagi aku sgt bermanfaat bukan sahaja penyedap halwa telinga tetapi juga supaya kita rasa bersyukur di pagi hari raya.Aku mendengar dengan tekun sekali apa yg ustaz ucapkan.Antara serba sedikit intipati yg di tekan kan oleh ustaz ialah mengenai
Firman allah dlm surah a-baqarah,ayat yang bermaksud:
Wahai orang2 yg beriman,berpuasa lah kamu di bulan RAMADHAN ..Semoga kamu bertaqwa..
Maksud nya disini ialah allah menyuruh(perintah wajib) seluruh umat islam berpuasa di bulan ramadhan agar@harap2 kamu bertaqwa..Ertinya, tidak semua org akan mendpt gelaran taqwa itu..HnYA sesetengah orng yg betul2 mengharapkan redha allah dan menahan diri dari hawa nafsu yg mendapat gelaran “TAQWA” di sisi allah s.w.t.Kalau 1000 orng yg hadir di masjid serdang hari ini,mungkin hnya tinggal 20 @ 30 orng sahaja yg mendapatnya.Walaupon golongan ini sngt sikit,tetapi kita kena target,diri kita salah seorng darinya,Kita jangan tengok orang lain..tetapi lihatlah diri kita sendiri untuk cuba merebut gelaran taqwa itu disisi allah...Wallahua’alam…
Kemudian,kata ustaz lagi..
Pada hari raya ini di galakkan umat islam untuk bergembira dan bersuka ria dengan pergi berziarah ke rumah2 adik beradik,jiran2 dan sanak saudara..Jalinkanlah silaturrahim antara umat islam dan kalau sebelum ini ada bermasam muka dan x bertegur sapa dek kerana salah faham,inilah masa yg paling sesuai untuk bermaaf-maafan.Xperlulah kita nak bermusuh-musuh dan memutuskan silaturrahim kerana salah satu perkara yg di benci oleh allah ialah memutuskan silaturrahim antara kita.Kemudian,pergilah menziarah kubur..SEdekahkan al-fatihah @ yassin untuk mereka yg telah tiada..orng yang telah meninggal,bila tiba ramadhan mereka gembira kerana tidak diseksa..datangnya syawal,apabila terdengar takbir raya,mereka takut dan menangis kerana akan diseksa kembali.
Walaupon kita di galakkan bergembira,namun jgnlah kita melakukan perkara2 yg di larang oleh allah iaitu buat perkara2 yg boleh mengundang kemurakaanNya.Semasa ramdhan kita bagus ja…selalu beribadat pada allah,bangun qiamulallail,puasa,mengaji quran,bersedekah,berzikir dan sebagainya..Tetapi elok habis nya ramadhan,masyallah teruknya perangai.Maka,sia2 lah ibadat kita dlm bulan ramdhan,Padahal,sebenarnya kita hendaklah lebih bagus dan lebih melipatgandakan ibadat pada allah.lebih mendekat kan diri pada allah kerana kita telah menjadikan ramadhan sebgai medium untuk kearah lebih baik.
Lebih baik lagi,selepas bepuasa dlm bulan ramadhan kita sambung pula dengan puasa 6 iaitu puasa 6 hari di bulan syawal).
“Sesiapa yg berpuasa sebulan di bulan ramadhan,kemudian di sambung pula puasa 6 hari di bulan syawal,ibarat beribadah setahun”..
Kemudian,dlm kita bergembira janganlah pula kita lupa pada golongan yg kurang upaya,miskin,anak yatim piatu dan warga palestin..Fikirkan keadaan mereka ketika menyambut hari raya dan lakukan sesuatu seperti bersedekah..Banyakkan bersedekah kerana sedekah adalah ibarat bumbung @ pelengkap rumah selepas solat iaitu tiang kepada sebauh rumah.Kata ustaz,sebenarnya jika kita bersedekah dengan ikhlas ada 2 benda yg kita dapat iaitu pahala serta keberkatan..Keberkatan ini mungkin hnya orang tertentu yg dapat merasakannya jika dia betul2 perhatikan dan fikirkan..Contohnya,keberkatan dari segi bersedekah ini ialah walaupon kita beli makanan sedikit saja tetapi kita boleh makan ramai2,boleh kongsi dengan kawan2 lagi tu..kemudian,mungkin juga lambat habis.Satu lagi contoh,walaupon banyak duit kita habis dengan niat bersedekah,tapi duit kita x banyak kurang .Still boleh beli macam2 dan walaupon dah banyak guna,kita rasa duit tu sentiasa ada..Itulah rezki yang allah bagi..kadang2,ramai orang xnampak.Yang orang nmpak ialah bila bagi sedekah,buat rugi ja..habis duit..ape faedah???No my dear…You are totally wrong..Anda cuba sedekah@derma dgn hati yg ikhlas semata2 kerna allah,pasti anda rasakan keberkatan dariNya…
Selalunya,ramai orang xberapa nk bagi sedekah pada kanak2 vietnam @ Myanmar yg selalu merayau2 di tempat awam yg ramai orang seperti stesen bus dan tapak jualan.Mereka ini dikatakan telah diupah oleh orang tertentu untuk mengutip duit…Bagiku, x salah untuk kita sedekah kepada golongan ni,asalkan niat kita untuk bersedekah dan atas belas ihsan sesama manusia...Terpulang lah duit tu akan sampai pada siapa pun..tapi seelok-eloknya,biarlah mereka yang terima duit tu..bukan orang yg mengupah mereka.
Kemudian,ustaz kata..balik ni mak ayah suruh lah anak2 bermaaf-maafan.Ajar dan didik mereka supaya selalu meminta maaf kepada kedua ibubapa.Ayah pula,ciumlah dahi anak selepas salam kerana dari situ lah anak2 akan rasa disayangi...
Selesai tazkirah pendek dari al-fadhil ustaz,kami menunaikan solat sunat aidilfitri..Seorang kanak2 kecil(lelaki) menangis dan meraung kuat dekat dengan kami semasa menunaikan solat sedikit sebanyak mengugat keimanan dan konsentrasi untuk khusyuk dlm solat namun di sabarkan jua hati..Budak2,biasa lah tu..Dia nangis bila kakak dia yang duduk ngan dia bangun solat dan mak dia ntah solat di mana.Mungkin rasa seperti di tinggalkan kot..Selesai solat,kami mendengar kutbah oleh ustaz yg lain pula…Namun,aku x tumpu perhatian sangat (telinga mendengar,hati ke arah lain) sebab time tu dah ramai yg mula berpusu2 nk balik..Kanak2 pun dah pi dapatkan juadah harii raya yg disediakan..Mungkin suasana menyebabkan aku x berapa nak tumpu..Lagipun,bacaan khutbah melalui teks sedikit memboringkan.Kalau macam tazkirah tadi sangat best sebab ustaz bleh bercakap tanpa terikat dgn teks ucapan..
Usai khutbah,kami pun pulang ke rumah..2 minit lepas tu,ayah pun sampai.Bermula lah sesi anak2 untuk bermaaf-maafan dengan mak ayah.Fadli orang pertama gi salam dengan ayah danlepas tu adik.Aku pula masa tu saja menyibukkan diri yg x sibuk untuk betulkan tudung di dalam bilik.Padahal sebenarnya hatiku dah sebak dan mengalirkan air mata..Terasa hati tepu dengan dosa kepada mak dan ayah..Mungkin juga menjadi anak derhaka tanpa disedari,itu yg aku takuti…
Kemudian ayah cakap,Mana gi anak2 perempuan ni”??Tak mau salam ka??
Kakak masa tue baru nak pakai tudung baru..Jadi,aku kuatkan hati untuk pergi ke ruang tamu dan salam ngan ayah walaupon masa tu air mata dah x bleh control..First time bagiku berasa sangat syahdu di pagi raya kerana dek terkenang dosa2 pada ibubapa..Sebabnya,kita kadang2 x sedar apa yg kita buat pada insan yg menjaga kita dari kecil hingga besar begini.Bagaimana teruk mak ayah kita sekalipun,mereka tetap insan istimewa bagi kita sebagai anak2..kerana marah mereka,cacat cela perbuatan mereka kadang2 mengajar kita untuk menjadi lebih matang..Mungkin juga,kadang3 mereka x perasaan yang mereka terlebih bergurau..
“Ayah,angah minta maaf banyak2 kalau ada tersalah cakap..Bercucuran air mataku keluar saat ini..Aku sempat lap air mata ngan lengan baju..
Ayah yg lihat aku nangis cepat2 potong sebelum aku habis bercakap…
“Dah la…ayah maafkan”..
Kakak yang ulang alik masuk bilik melihat dan sempat menyampuk,Nana dah menyayat hati tu..
“minta maaf kalau angah ada buat benda yg boleh mendatangkan dosa..Minta ampun minta maaf semuanya…Selamat Hari Raya,ayah..”
“Ya….ayah maafkan.Dah-dah,nah nie ayah ada duit raya untuk hang..”
“Terima kasih,ayah..”
Aku mencium pipi ayahku dan kemudian ayah membalasnya dengan mencium dahiku…betul kata ustaz tadi.. sebenarnya sebelum ini aku ada sedikit komplikasi dengan ayah..Sejak kejadian hari itu,aku jarang sekali bercakap dengan ayah apatah lagi nak bergurau…Sebab itu lah tahun ini,aku rasa berdosa dengan ayah..Bila aku kenang kembali jasa ayah,aku rasa hiba dan sedih..Mungkin ayah hanya bergurau lebih dengan aku,tapi aku x dapat terima..aku sensitif dengan kekasaran.Itulah hakikatnya..
“Nak salam dengan mak pula..cepatla mak!!”
“Mak,cek minta maaf kalau cek ada terguriskan hati mak”…Selamat hari raya.mak…”
Aku pun cium kedua belah pipi mak..
“Mak cepatlah,cium dahi cek..hihi”
Masa dengan mak,aku dah x rasa hiba lagi..Air mata pun dah kui surut..sebab ngan mak aku dah selalu minta maaf dan selalu berhubung dlam telefon..Kalau ayah lain..jarang sekali…Lagipun,mak pun ada ckap sebelum ni,mak selalu maafkan dosa anak2 mak..So,hatiku senang..=)


Lepas itu,kami sekeluarga beraya di rumah jiran2...tengahari,Amelia(juniorku) datang dengan kawan-kawannya..Di sebelah malam pula,kami beraya di rumah tok sebelah mak)..Pagi esoknya baru bertolak ke kampung sebelah ayah..Tapi sebelum tue,kami pergi beraya umah mak teh fadhilah dahulu yang membuat rumah terbuka dan singgah sekejap di rumah mak lang Nah..

















Raya ke-3 tidak kemana2..
Raya ke-4,gi rumah jijah n aisyah with family(kawan di sarawak )dahulu tetapi masa kami pergi,mereka berdua tak da.Pergi rumah Cu Siti pun xdak juga..
Raya ke-5,buat laksa..Mak lang Nah datang dengan fauziah.Sahabat laki satu kelas juga datangg bertandang ke rumah..Azrie dan Lutfi.Kawan2 kakak pun ada.
Raya ke -6,Pergi rumah terbuka Mak Su Da..
Raya ke-7,Buat mee kuah..Kawan2 kakak datang.
Raya ke-8,Maksu Da dan tok Maliah datang ke rumah..
Raya ke-9,Dah bertolak pulang ke Upm..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan